Saturday, May 5, 2012

♥~Apa kaitan Rezeki dengan Solat Sunat Dhuha~♥

Bismillahhirrahmannirrahim....

 Jam menunjukkan 9.21 malam waktu Ucuuu menulis ni..
Rindu nak menulis dalam blog Ucuuu ni dah tahap maksima dah.. hehe..
Erm.. tapi bila dah 'login blog', tak tahu pula nak tulis apa??..
kita nak cerita mengenai apa ya? Ucuuu 'no idea' la..
Tiba-tiba otak beku..huhu....
Ha, boleh la, Ucuuu nak cerita sikit, yang sekarang ni Ucuuu baru sahaja sampai kat rumah Ucuuu setelah 3 hari 3 malam berturut-turut Ucuuu menumpang menginap di rumah abg Ucuuu. Abg Syamsuddin namanya.. Ni abang Ucuuu yang ke -5.. Rumah nya kat Bangi.. Seronok tinggal kat rumah abg Ucuuu ni tau..
Sejuk je, sebab ada 'air cond'.. hehee..
Ucuuu tinggal sini sementara sebab ayah Ucuuu 'outstation'..
Cewah!! dah pencen pun masih ada 'outstation' ke??hehe..
kelakar,kelakar...^_^
Tapi betul lah tuh, Ayah Ucuuu tak ada selama 3 hari di KL..
Merata tempat dia jelajah, maklumlah orang 'Bujang' kan sekarang.. hehee..
Tapi bukan suka-suka, ayah ada hal untuk diuruskan.. Ayah pergi sekitar Johor, Kuantan dan Terengganu...
Ni ha, baru sahaja pulang malam semalam, tapi tadi ayah cakap, nak pergi Sabah, Sarawak pula Isnin ni.. huhu... bak kata bos Ucuuu, "kena tinggal lah awak, ina..,hehe.."
"Tu la puan, asyik kena tinggal je kan saya ni, kalau macam ni, saya kahwin je la, puan".. 
"Amin"..
♥ Lalalalalalala ♥

Lepas ni, Ucuuu kembali lah semula tidur rumah abang Ucuuu hari Isnin.. Mungkin malam rasanya abang Ucuuu ambil.. Ucuuu pun cuti hari Isnin ni, InsyaAllah...:).. hehe..'BEST' nya CUTI!!!!.. ^_^
Boleh la nak 'rest2' sikit..
Ucuuu bukan nya apa, terpaksa tinggal rumah abg ni pun sebab selalu nya ayah yang hantar Ucuuu pergi balik ke tempat kerja.. Bila dah ayah kena 'outstation' macam ni, tu yang Ucuuu terpaksa la tinggal rumah abg Ucuuu.. 
Kiranya, abang Ucuuu lah tolong hantarkan pergi balik ke tempat kerja sepanjang 3 hari tu..
Erm..Ikutkan hati, tak nak menyusahkan sesiapa, tapi apa kan daya, nama sahaja ada LESEN KERETA, tapi sampai sekarang penakut nak 'drive'.. T_T..
Ucuuu mintak maaf sebab menyusahkan semua orang.. Isk,isk,isk.. Sedih bila memikirkan diri sendiri tidak berguna..

Tapi tu la, setiap manusia pasti ada kekurangan dan kelebihan kan.. Sama juga la dengan diri Ucuuu ni...  tapi Ucuuu rasa Ucuuu ni lebih banyak kekurangan sahaja daripada kelebihan.. 
Walaubagaimana pun, Ucuuu akan berusaha untuk menghakis kekurangan itu sedikit demi sedikit.. InsyaAllah..

'Aiseyhmen', nak celoteh apa lagi ni ya??
Betul-betul tak ada idea ni..
Ha, tiba-tiba teringat pasal suatu perkara ni.. Ucuuu dah lama nak kongsikan, tapi disebabkan masa yang suntuk, baru hari ni Ucuuu ada masa yang lama lah untuk kongsikan..
Ucuuu nak kongsikan pasal 'REZEKI' sebenarnya...
MasyaAllah... Baru-baru ni, ada teman Ucuuu cerita pada Ucuuu, macam mana kehidupan dia sebelum dia dapat gaji baru-baru ni.. Dia ada cerita, yang dia tak ada satu sen pun dalam akaun bank dan dalam beg dompetnya.. Agak 2 minggu juga lah dia hidup tanpa wang ringgit... Tapi dia cakap, dia memang tak pernah tinggal kan Solat Sunat Dhuha... Lepas tu, sahabat-sahabat semua nak tahu tak macam mana dia teruskan kehidupan dia tanpa wang ringgit?? 
Agaknya, andai jadi pada kita, mampukah kita bersabar dan sekuat sahabat Ucuuu ni ya??
Tapi tu lah, Allah tu Maha Mengetahui kan... Allah tetap turunkan Rezeki kepada nya.. Hari-hari majikan tempat dia bekerja tu, belanja dia makan tengahari, padahal dia tak bagitahu pun pada majikan dia yang dia tak ada duit.. Kuasa Allah kan?? Tiada siapa yang dapat menghalangNya.. Mungkin sebab dia rajin buat solat sunat Dhuha, jadi Allah bantu dia dengan cara ni kan...
Alhamdulillah.. keadaan itu berterusan sampai lah dia dapat gaji, dia dapat meneruskan kehidupan dia dengan baik..  Bila dia dah dapat gaji, Lepas tu, majikan dia dah tak ada belanja dia lagi dah.. ALLAHUAKBAR!! SubhanaAllah!!! mesti atas keberkatan Solat Sunat Dhuha yang dia tidak pernah lupa tu, Allah beri dia rezeki bukan dari bentuk wang tetapi dari bentuk makanan kan.. ^_^...

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam..
Indah sangat bila dapat tahu cerita-cerita tentang kebesaran Allah S.W.T kan..
Allah tu sayang semua hamba-hambaNya kan..
Dia turunkan Rezeki dalam pelbagai bentuk..
Ada yang dalam bentuk wang ringgit, ada yang dalam bentuk makanan seperti kawan Ucuuu tu, ada juga yang dalam bentuk berjaya cemerlang dalam pelajaran..dan pelbagai lagi bentuk lah..
Kadang-kadang manusia ni, nampak Rezeki tu hanyalah 'wang ringgit' semata-mata.. tapi Rezeki tu bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit,tapi meliputi semua segala nikmat yang Allah beri pada kita..

Ada orang mempersoalkan kenapa setiap manusia berbeza-beza dalam penerimaan Rezeki dari Allah? kenapa ada yang Rezeki nya luas, ada yang rezeki nya sempit, bukankah Allah Maha Adil?? Nauzubillah.. Minta kita semua dijauhkan dari berfikir sebegini ya..
Sebenarnya kita perlu sedar yang menyebabkan rezeki seseorang itu menjadi sempit kerana mungkin dia sering melakukan dosa besar atau pun dia sering melakukan dosa kecil secara berterusan.. Jadi, Allah hendak menguji sejauh mana hati dan keimanan dia kepada Allah..

Firman Allah: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri.” (Al-A’raf: 96)

 Ayat ni menceritakan bahawa Allah pasti akan melimpahkan 'KEBERKATAN' dari langit dan bumi kepada orang yang beriman dan bertaqwa kepadaNya kan.. Termasuklah Rezeki melimpah ruah dan kehidupan yang baik.. InsyaAllah... Yang penting, kita kena lah berusaha, baru lah dapat hasilnya, "Man Jadda Wa Jadda"
^_^
Ucuuu percaya, untuk kita mengecapi kejayaan, kekayaan, kebahagiaan dan 'SAKINAH' di dalam hidup, Ianya Bermula dari "REZEKI YANG DIBERKATI"...
aik?? 'sakinah' lagi, entry yang lepas dah sebut 'sakinah' juga??hehee..
tak apa, 'Sakinah' tuh kan membawa maksud 'KETENANGAN'... hehehe...
Sama-sama kita berusaha ya, kerja rajin-rajin, dan cantikkan ia dengan Solat Sunat Dhuha...^_^... InsyaAllah... Keberkatan ALLAH tu lebih penting walaupun gaji yang kita perolehi itu sedikit sahaja...:)

Firman Allah s.w.t : "Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka." (Surah al-Dhuha : 1-5 )
Selalunya setiap sesuatu yang dijadikan sebagai bahan sumpah Allah s.w.t mengandungi kepentingan yang sangat hebat. Di sini Allah s.w.t menjadikan waktu Dhuha sebagai bahan persumpahan-Nya. Itu menunjukkan bahawa waktu Dhuha itu ada keistimewaannya , antara keistimewaannya adalah seperti yang telah di sebut oleh Allah s.w.t., waktu Dhuha adalah waktu Allah s.w.t mencurahkan kurniaan kepada hamba-Nya. Kurniaan Allah suatu kurniaan hakiki yang pasti akan menggembirakan kita. Oleh itu sesiapa yang mahukan kurniaan Allah s.w.t hendaklah dia berhubung dengan Allah s.w.t melalui ibadah solat sunat Dhuha.

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."

Wednesday, April 18, 2012

♥~RINDU?? Redho ALLAH @ Kemurkaan ALLAH??~♥

Bismillahhirrahmannirrahim....

Assalamualaikum Warrahmatullahiwabarakatuh..
Tajuk yang Ucuuu cuba fokuskan pada malam ni adalah berkaitan dengan
♥~RINDU~♥
Oppss.. apa pasal tetiba nak cerita pasal ni pula ya??
Entah lah, tapi yang pasti Ucuuu hanya nak meluahkan pendapat Ucuuu tentang RINDU itu.. dan harap teman-teman yang membaca fahamilah dengan sebaiknya..
Mungkin juga perasaan 'RINDU' ini sering muncul dalam kehidupan Ucuuu, Mungkin juga Ucuuu terlalu 'RINDU' kan arwah Ibu dan arwah Abang Syazwan (abang Ucuuu yang ke-7).. Jadi, Ucuuu tergerak hati untuk bercerita tentang 'RINDU'..

Ha, pernah tak sebelum ni, korang rasa perasaan 'RINDU' yang menyakitkan dalam hati korang? 'RINDU' yang buat hati korang sengsara? 'RINDU' yang buat diri korang menderita..?
Ucuuu pernah...:')..
Memang perasaan 'RINDU' seperti ini boleh buat hidup kita terseksa sekali, semua pekerjaan yang kita lakukan, semua serba jadi tak kena..
 
~'RINDU' ni, samalah seperti 'CINTA'..
ia dihadirkan ke dalam jiwa manusia oleh Pencipta kita..~

'RINDU' itu fitrah.. Fitrah yang Allah kurniakan dalam diri setiap insan di muka bumi ini.. Perasaan 'RINDU' ini sudah menjadi suatu keperluan buat diri kita semua.. Cubalah kita bayangkan, bagaimana andai kita tiada perasaan 'RINDU' dalam hati masing-masing?? Adakah akan wujud perasaan 
'CINTA, SAYANG, KASIH',
kepada insan lain??
Sebab tu lah, Allah kurniakan kita semua perasaan-perasaan yang suci ini kepada kita.. Sifatnya adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, sama lah juga Allah mencipta wanita dan lelaki..

'RINDU' yang tiada keredhoaan didalamnya, 'RINDU' itulah yang membuatkan kita menderita dan sengsara.. Sakit dan terseksa jiwa ini pabila kita terlalu 'RINDU' kan seseorang.. Sedangkan orang itu sudah pergi bertemu Sang PenciptaNya.. Bukannya kita tidak perlu me'RINDU'inya, 'RINDU' itu tetap perlu,cumanya 'RINDU' itu perlulah disulamkan dengan bacaan Al-Fatihah, bacaan Yaasin, Doa akan kesejahteraannya di alam barzakh sana.. Inilah bukti 'RINDU' yang diredhoi..
'RINDU' tidak boleh dibuktikan dengan menjerit, menangis, meraung-raung depan kubur si mati, macam orang tidak redho dan tidak siuman jer gayanya..
Kematian itu pasti, Allah yang menentukan bila ajal seseorang itu.. Kenapa mesti kita 'RINDU' akannya tapi tidak redho?? Memang dia adalah Ibu kita, dia adalah Ayah kita, dia Abang kita, dia Kakak kita, dia Adik kita.. Tapi, sebaiknya, kita 'RINDU' lah  dengan sedekahkan apa jua jenis kebaikan yang mendatangkan pahala buat arwah.. Hati kita tenang, arwah pun tenang di alam barzakh sana..:')

Memang.. memang tak dapat nak dinafikan, Ucuuu sendiri mengalami perasaan 'RINDU' yang menyakitkan ini.. Ucuuu pernah rasa jiwa ni terlalu kosong apabila arwah Ibu yang tercinta pergi menghadap Ilahi.. Tapi Alhamdulillah.. Ucuuu cepat sedar, dan cepat-cepat Ucuuu sedarkan diri dan menginsafi diri yang terlalu ikut emosi ini... Mujur juga, Ucuuu masih ada keluarga, sahabat-sahabat yang tidak pernah putus-putus memberi semangat dalam diri ini.. Mereka semua telah membuatkan diri Ucuuu berfikir sejenak dan segera menginsafi kekhilafan diri ini yang telah terlanjur daripada tidak redho dengan ketentuanNya.. Nauzubillah..
Kita kena ingat, semua insan akan mati.. Suatu hari nanti kita pasti akan bertemu dengannya jua untuk menemui Pencipta kita..

Perasaan 'RINDU' ini memang BAHAGIA jika kena pada gayanya.. 
'RINDU'ilah seseorang itu kerana untuk mencari RedhoNya..
Andai kita me'RINDU'i seseorang, tetapi kita mendapat KEMURKAANNYA, maka jauhkanlah perasaan yang telah terdetik dalam hati kita.. Untuk apa 'RINDU' jika ia mengundang KEMURKAAN Allah?? Berhati-hatilah dalam me'RINDU'i seseorang.. Tambah-tambah lagi, jika kita merindui seseorang wanita atau pun lelaki yang bukan MAHRAM kita.. Untuk apa kita me'RINDU'inya??

Ucuuu tahu, Fitrah kejadian manusia, saling 'RINDU'-me'RINDU'i.. Tapi, seeloknya tidak perlu lah sampai diungkapkan perasaan itu kepada insan yang di'RINDU'i itu.. Kerana anda dan dia tiada langsung hubungan yang HALAL untuk anda mengungkapkan perasaan 'RINDU' itu.. Tahukah anda dengan 'ZINA HATI'?? Ingatlah, Iblis dan Syaitan akan sentiasa memainkan peranan mereka dalam merosakkan anak Adam.. Mula-mula 'RINDU', kemudian jatuh kepada suka, lepas suka, sayang.. Lepas tuh, jatuh CINTA pula??? Sedangkan perasaan CINTA itu biarlah wujudnya dalam diri masing-masing selepas dirimu dan dirinya HALAL sebagai suami dan isteri.. Barulah rasa 'MANIS'nya CINTA itu..
Ingatlah, sejauh mana anda dan si dia cuba menjaga batas-batas sekalipun, Iblis itu tidak akan sesekali berhenti menghasut ke dalam hatimu yang BERSIH pada asalnya itu.. Tolonglah percaya kata-kata Ucuuu ni..
Adam dan Hawa pun berCINTA di Syurgakan... Allah kurniakan perasaan CINTA suci ke dalam jiwa mereka.. Tapi angkara Iblis yang tujuan nya satu iaitu menyesatkan, maka Adam dan Hawa terpisah menderita tercampak di dunia..
Tapi Alhamdulillah oleh kerana 'CINTA' mereka suci dan setia, Allah pertemukan mereka semula di dunia..^_^..

Senang je, kita tak perlu serabutkan kepala otak kita. andai benar kita terlalu me'RINDU'inya, SIMPANLAH perasaan RINDU itu dalam hatimu.. Jika tidak dapat jua untuk menyimpannya, maka luahkan lah pada yang mengurniakan perasaan 'RINDU' dalam jiwamu itu.. Berdoa lah kepadaNya..
'RINDU' tidak perlu diungkap KECUALI jika dia adalah suami/isteri/keluarga/sahabat (Tapi sahabat pun perlulah sahabat yang sejantina dengan anda, tidak perlu rasanya mengungkapkan perasaan 'RINDU' itu pada sahabat yang berbeza jantina dengan anda.. huhu..)

Sama-samalah kita cari 'RINDU' yang diredhoi Allah.. Bukan 'RINDU' yang mengundang KEMURKAAN Allah..
'RINDU' ni kan Anugerah dari ALLAH.. Sebaiknya, kita 'RINDU' lah pada KEDAMAIAN, KEAMANAN, KESEJAHTERAAN, KEBAHAGIAAN, dan SAKINAH..^_^
Oppsss.. bukan 'RINDUKAN' insan yang bernama 'SAKINAH' ya..:) hehee..
Tapi 'RINDU' lah pada 'KETENANGAN' dalam hidupmu..^_^..
'RINDU' lah pada negara yang indah dengan Undang-undnag Islam..
'RINDU' lah pada pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin..
'RINDU' lah agar 'KHALIMAH ALLAH' tertegak di muka bumi ini..

Insan yang bertaqwa, dia hanya mengharapkan 'RINDU' akan KEBENARAN, KEJUJURAN, KESETIAAN, KEIKHLASAN dalam mencapai keredhoan Ilahi..
'RINDU' lah untuk menjadi insan yang berIMAN dan berTAQWA..
'RINDU' lah untuk mendapatkan ZURIAT yang soleh/ah..
'RINDU' lah untuk mendapat SUAMI/ISTERI yang SOLEH/AH..^_^
ini yang sebaiknya..

~Siapalah kita untuk menolak 'RINDU' yang hadir dalam jiwa tanpa dipaksa?
tapi hidup ini tidak akan sempurna tanpa 'RINDU' daripada Allah yang Esa..~
 
Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."

Saturday, April 14, 2012

♥~Ujian Senang VS Ujian Susah~♥

Bismillahhirrahmannirrahim....

Saat tempuh liku-liku kehidupan ini..
Sedarkah kita tidak lepas daripada diuji?..
Kita diuji kehilangan insan tersayang,
Kita diuji dengan caci maki orang,
Kita diuji dengan fitnah dunia,
Kita diuji dalam memilih pasangan hidup,
Kita diuji dengan wang yang banyak tapi kita sendiri tidak pasti datangnya daripada sumber yang halal mahupun yang haram,
Kita diuji hidup bersendirian sebatang kara di dunia ini,
Kita diuji dengan pelbagai bentuk jenis ujian dalam kehidupan di dunia ini..

Ada yang pabila diuji, terima dengan hati yang redha..
Ada yang pabila diuji, tertekan sehingga membawa kepada kematian yang sia-sia..
Ada yang pabila diuji, menjadi futur dalam perjuangan yang didokongnya sebelum ini..
Ada yang pabila diuji, menjadikan ia sebagai suatu cabaran pada dirinya untuk lebih bersemangat dalam mencapai keredhaan RabNya..

Tapi percayalah...
Kesenangan mahupun kesusahan itu datangnya daripada Allah..
Dia nak lihat kita bergantung kepadaNya atau pun tidak jika kita ditimpa kesusahan..
Dia nak lihat bersyukur atau pun tidak dengan nikmatNya pabila kita diberi kesenangan..
Andai kita biar diri kita menerima ujian dengan jiwa yang tertekan,
ia hanyalah mengaburi pedoman..
Kembalilah kepadaNya, pergilah kepadaNya, untuk mencari bimbingan..
Andai kita berjalan mengejarNya, Dia berlari mengejar kita..
Andai satu langkah kita berjalan kepadaNya, seribu langkah Dia dekat kepada kita..

Serahkanlah sepenuhnya takdir di tanganNya bagi mengukir perjalanan liku-liku kehidupan ini..
Jadi, walau apa jua pun ujian yang melanda dalam kehidupan kita,
kita akan tabah menerimanya kerana
kita percaya Allah sentiasa bersama kita..
Ingatlah, nikmat kesenangan itu tidak akan selamanya kekal..
Kesusahan juga, tidak akan selamanya susah, jika ada usaha daripada kita..
Allah pasti akan beri kesenangan pada kita suatu hari nanti setelah pelbagai kesusahan kita tempuh..
Ia seakan-akan berganti-ganti seperti kejadian malam dan siang..
Selepas malam datang nya siang, selepas siang datang nya malam, begitulah seterusnya..^_^..
Dan ingatlah, waktu Allah beri nikmat kesenangan itu,
janganlah kita sesekali melupakanNya kerana daripada Dia jua lah kesenangan itu hadir..

Kepada yang sedih, murung, kecewa, dan derita dengan ujian susah yang Allah beri kepadanya, beringatlah dan jangan fikir kesusahan ini akan berpanjangan..
Gunakanlah peluang dalam kehidupan ini untuk melakukan seberapa banyak jua kebaikan sebelum segalanya terlepas daripa genggaman kita..
Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana
kita melepaskan peluang yang sudah terbuka didepan mata..
Ketika itu, 'Nasi Sudah Menjadi Bubur'..

Ujian ini kan Tarbiyyah dari Allah..
Allah mengajar kita daripada ujian-ujian yang Dia beri kepada kita..
Semua insan tidak dapat lari daripada menerima ujian kerana inilah bukti kasih, sayang, cinta Allah kepada kita..
Andai kita tidak diuji, bermakna Allah tidak menyayangi kita,
kenapa Allah tidak menyayangi kita?? kerana kita yang tidak menyayangiNya..
Andai Solat pun kita tinggalkan, Aurat pun kita tidak jaga, mengumpat orang tak tentu hala, ber'couple without nikah' bagaimana Allah nak menyayangi kita jika inilah sikap kita kepadaNya?? Fikirkanlah..
Ujian yang Allah beri kepada kita bertujuan hendak menguji tahap kesabaran kita dalam menempuh ujian tersebut..
Kesenangan yang datang selepas susahnya kita,
semua itu adalah nikmat daripada Allah..


Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."

Thursday, April 12, 2012

♥~YA ALLAH~♥

 Bismillahhirrahmannirrahim....

Aku terlalu lemah tanpaMu..
Aku tidak boleh hidup tanpa Kau disisiku..
Aku tahu Kau akan sentiasa disampingku..
CintaMu memang tiada tandingannya..
kerna itu aku menyanjungiMu..

Sepanjang mata ini tidak tertutup,

Sehingga jantung tak berhenti berdegup,
Selama itu pun, aku hanya impikan diriMu utk berada disisiku,
kerna ku tahu, Kau lah cinta sejatiku..

DariMU, Kutemukan hidupku..
Bagiku, Kau lah CINTA HAKIKI KU..

Bila sudah tertulis suratan takdir untukku,
Pasti ini adalah yang terbaik untukku,
Kan kujadikan Kau teman ku bermanja
dan tempat ku mengadu nasib hidupku,
ALLAH ♥ -Ya Allah.. Engkau lah Maha Pengasih dan Penyayang..- ♥ ALLAH
~Ucuuu Solehah~
 
Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."

♥~Ya Rasulullah~♥

 Bismillahhirrahmannirrahim....

Aku ingin kau menjadi mimpi indah malam tidurku..
Aku ingin menjadi salah seorang yang kau rindui..
Langkahku akan longlai tanpa semangat yang telah kau ajarkan kepada ku...

Aku ingin menjadi seorang

yang sering menjadikan akhlakmu sebagai ikutan para mukminin..
Aku ingin kau tahu bahawa aku terlalu menyayangi dan merinduimu..

Walaupun tidak dapat bertentang mata,

tetapi dengan mengenalimu, ia telah membuatku tenang,
kerana ku tahu kau lah kekasih Nya..
Tanpa segala ajaran dari dirimu, aku merasa hilang... dan sepi...
Moga kau beri syafaatmu buat diriku..
NABI MUHAMMAD SAW ♥ -Ya Rasulullah, Pesuruh ALLAH..- ♥ Nabi Muhammad SAW..
 pinjam gambar dr Rusydee Artz jap..ehhe...

Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."