BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

FREE PALESTINE



"Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu’min itu bersaudara” (Al-Hujuraat :10)


Ayuh Saudara ku sekalian, Kita semarakkanpersaudaraan Muslim di Dunia Maya ini,
Letakkan Kalimah Lailahaill Allah di BloG anda Sebagai Tanda SokonGan!
"Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita RoboH"

"bUkAn EmAS PeRMaTA YG MMPeRCaNTikKN aNDA, MeLAInkn yg mmpERcAntIKkAn AndA AdALAh AKhLAK Anda"

"bUkAn EmAS PeRMaTA YG MMPeRCaNTikKN aNDA, MeLAInkn yg mmpERcAntIKkAn AndA AdALAh AKhLAK Anda"
cAntIknya wAnItA krn kEjErnihan wAjAh.. ManIsnya wAnitA krn senyumannya yg IndAh..Ayunya wanita kRn kesederHANAAn lahiriah..hEbaTnya wAnItA krn keIManAn & kEtaqwAAn yg tegUh..hIASILAh dIrimu dgn AKhLAk trpujI..NILAI DIRI SEORANG MUSLIMAH SEJATI

Saturday, March 10, 2012

~Salam 1 AKIDAH, Salam 1 Perjuangan~

Berlalulah Pagi, Tengahari, Petang, dan Malam..
Rasa kesayuan tidak berkesudahan..
Matahari terbit, Bulan gerhana menyaksikan..
Setiap Saat, Detik, Waktu, dan Ketika..
Masa berlalu tiada berhenti..
Alangkah syahdunya rasa hati ini..

Terkenangkan kenangan-kenangan bersama sahabat-sahabat..
Terkenangkan tentang hakikat perjuangan yang penuh onak, duri dan cabaran..
Kita harungi kehidupan ini bersama-sama..
Alangkah indahnya saat itu ku rasakan..

Di dalam jiwa ini, terlalu berat rasanya untuk melangkah meniggalkan semua..
Kasih, Sayang, dan Cinta yang terbina, ia akan selamanya tersemat dihatiku ini..

Salam 1 Akidah, dan Salam 1 Perjuangan..
Bersihkan matlamat kita..
Sucikan niat kita dalam perjuangan menegakkan kalimah 'Lailahaillallah'..
Hidup MULIA, Mati Syahid itu yang kita kejarkan..

Salam perjuangan dan selamat berjuang wahai sahabat-sahabatku..
Semoga Allah memberkati kita dalam perjuangan ini..
Kenangan manis, pahit bersamamu, tidak akan ku biar ia berlalu..
BERJUANGLAH wahai sahabat-sahabatku hingga ke TITISAN DARAH TERAKHIR sekalipun!!
Dan Ingatlah 'IKRAR' dan 'JANJI' kita kepada ALLAH, RASULULLAH dan AGAMA ISLAM yang TERCINTA..

Jiwa dan Hati ini terlalu sayu dan sedih..
Apabila terkenangkan sengsara dan kesukaran dalam perjuangan..
Jiwa dan Hati ini merana dan meronta-ronta mengharapkan..
KEAMANAN, KEDAMAIAN, dan KETENANGAN..
Tetapi diri ini akur pada hakikat perjuangan bahawa 'SUKA dan DUKA' dalam perjuangan itu memang tidak akan lari..
Ia bagai 'Aur dan Tebing'..
Dalam perjuangan kita perlukan ketabahan, kekuatan, dan keteguhan hati yang sentiasa berlandaskan IMAN..

P/S: BERJUANGLAH wahai sahabat-sahabatku hingga ke TITISAN DARAH TERAKHIR sekalipun!!
Dan Ingatlah 'IKRAR' dan 'JANJI' kita kepada ALLAH, RASULULLAH dan AGAMA ISLAM yang TERCINTA..

Sunday, February 12, 2012

PERJALANAN hidup seorang insan yg...........

Bismillahhirrahmannirrahim....
Hari ini dah hari ahad.. sekejap je masa berlalu kan?? Erm..inilah antara tanda dunia akhir zaman bila masa kita rasa seakaan-akan berlalu dengan pantasnya.. Tak perasan pun, pejam celik-pejam celik, dah hampir 4 bulan, rupa-rupanya ucuuu tamatkan pengajian ucuuu sbg 'Pelatih Pembantu Pegawai Farmasi' di bumi Ipoh tuh..^_^..
Iye....ucuuu mmg HEPY sgt..terlalu hepy.. Ye lar,dah habis belajar kan,siapa yang tak gembira??huhu.. Bukan senang tau nak blaja subjek sains ni... dari dulu memang kekurangan diri ucuuu ni dalam bab2 ni.. Tapi, Alhamdulillah,ucuuu rasa bersyukur sgt ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ucuuu peluang berada di muka bumi ni utk menikmati kehidupan di dunia yg sementara ni utk kutip bekalan-bekalan PAHALA lagi..:D

Sudah hampir mencecah 5 bulan arwah ibu ucuuu pergi meninggal diri yg kesepian ini.. Tipulah kalau ucuuu cakap,ucuuu tak merinduinya?? Ya Allah..sesungguhnya hambaMu ini TERLALU MERINDUI insan yg telah beri pinjam utk ucuuuu merasa kasih sayang seorang IBU di dalam dunia ni.. Ya Allah.. Engkau memang terlalu MULIA krn Kau telah kurniakan ucuuu seorang ibu yg terlalu penyayang dan BAIK.. Ibu ucuuu adalah wanita plg ISTIMEWA yg pernah ucuuu jumpa di dunia ini.. Syukran Ya Allah... Jika tidak kerana Mu,ucuuu tidak akan mengenali dan merasai kasih sayang insan yg terlalu istimewa dihati ucuuu ni..
Ucuuu sering terfikir,dapatkah ucuuu bertemu ibu lagi di akhirat kelak?? ucuuu mmg ingin bertemu ibu lagi di akhirat kelak.. ucuuu mmg ingin sgt hidup bahagia bersamanya di akhirat kelak.. Ya Allah,ucuuu ingin sekali mengucup keningnya,pipinya,bergurau senda dengannya spt ketika hayatnya di dunia... Ingin sekali ucuuu berinya kebahagiaan.. Yang sering buat ucuuu SEDIH bila terfikirkan, "Adakah ibu redho dgn diriku ketika hayatnya di dunia??".. Ya Allah..ucuuu risau sgt jika ibu tidak redho kpd ucuuu krn ucuuu tahu,redho Allah terletak pada redho kedua IbuBapaku.... Tapi,Ibu seorang wanita solehah,Ibu seorang yg punya KESABARAN yg tinggi, ucuuu percaya ibu selalu REDHO dgn kesemua anak-anaknya,sbb ibu terlalu BAIK...
Masih segar rasanya dalam ingatan ucuuu ini WAJAH pucat lesu ibu ketika ucuuu menjaganya buat kali terakhir di HUKM.. Hari pertama dan kedua, Ibu masih mampu utk berjalan ke tandas.. Mulai hari ketiga,ibu masih larat tapi kelihatan terlalu lemah,sehingga ibu hampir-hampir terjatuh.. Melihat keadaan ibu spt ini, mmg mmbuatkan ucuuu terlalu sebak.. Dalam hati ucuuu hanya merintih, "Ya Allah,berikanlah KEKUATAN kpd ibuku,Ya Allah.."...
"Mak...ina tidak akan lupa saat-saat mak mendakap memeluk diri ku dan juga kakak ku kerana memerlukan kekuatan dan tempat utk mak berpaut.. Tidak akan ina lupakan segala saat-saat manis bersamamu krn engkaulah 'RATU HATIKU',ina terlalu menyayangimu wahai Ibuku..."..
Doaku tiap kali solat hanyalah ingin dirimu sentiasa dalam rahmat Ilahi.. InsyaAllah... Amin..:')


Sekarang ucuuu masih tidak mempunyai pekerjaan.. pengikut perancangan lepas habis belajar,ucuuu nak terus kerja sambilan sambil mengunngu mana2 tawaran hospital-hospital swasta utk bekerja sbg pembantu pegawai farmasi.. tp belum kesampaian lagi sampai sekarang atas faktor sibuk dgn hal-hal dirumah.. Dan sekarang ni,ucuuu kan tengah jaga anak buah ucuuu..^_^..
nama nya Mohd.Harith Irfan..hehe...:) hensem BOY tau niyh... ucuuu dan akak ucuuu di AMANAHkan utk menjaga bdk comel yg istimewa ni semasa ibu dan baba nya pergi bekerja di siang hari.. InsyaAllah,akan ucuuu cuba yg terbaik utk menjaga harith dgn penuh kasih sygku.. ucuuu mmg suka bdk kecik,,ehhehehe...:D.. Lagi-lagi,anak lelaki,hehehe....geram betul tengok tahu tak!!!..^_^.. InsyaAllah...suatu hari nanti, ucuuu juga akan merasa kehidupan ada anak sendiri juga, andai panjang umur la.. InsyaAllah...>_<
Dah nak masuk 2 bulan jugak, ucuuu dan kakak jaga harith irfan.. Alhamdulillah.. byk sgt perubahan dan perkembangan dekat harith..^_^.. Harith dirawat oleh sepasang suami isteri yg ucuuu dah anggap mcm keluarga ucuuu sendiri dah... ucuuu panggil mereka dgn pnggilan 'cik rose' dan 'ustaz kahar'...mereka berdua sgt berkebolehan dlm merawat orang.. Sepanjang rawatan Harith dgn mereka,banyak sgt perubahan Harith.. Perubahan plg ketara apabila Harith dah dapat dirinya semula.. Contohnya,sebelum ni, tak pernah lihat Harith menangis,tp Alhamdulillah..dia dah boleh menangis.. ketawa pun boleh jugak..:D.. Harith dah dapat deria rasa sakit jugak..:).. Sebelum ni,kalau sakit,dia tak pernah beri respon tp sekarang bila dia sakit,kita tahu yg dia sakit..:D
Kata cik rose yg mmpunyai kelebihan dapat merasa ini, makhluk halus dah block semua deria rasa pd Harith ni.. sbb tuh lah dia tak beri respon apa-apa sebelum ni..kesian Harith.. Tapi tak pe Harith, InsyaAllah...dgn keajaiban Allah, Harith pasti sembuh dan boleh menjalani kehidupan spt kanak-kanak yang lain.. InsyaAllah.. Tiada apa-apa yang mustahil di dunia ni kan.. Allah Maha Adil pada setiap hambaNya.. kita ni manusia hanya perlu BERSYUKUR dan bersabar dgn ketentuan Ilahi ini.. kerana percayalah pasti ada HIKMAH yg tersirat disebalik setiap yg Allah takdirkan...^_^...

Akhir kalam dari ucuuu,
"Tingkatkan keimanan dan kesabaran,moga kita menjadi insan yg tinggi ketaqwaan dan kecintaannya kpd ILAHI..InsyaAllah..^_^..."

Tuesday, November 8, 2011

INGATAN KEPADA IBU....2 Bulan 20 Hari ibu telah meninggal kan kami sekeluarga

Bismillahhirrahmannirrahim....
  
 
Ibu..
Tiap hari ku sendiri,Tiada kau menemani,Kesunyian ini ku terasa..
Ibu..
Izinkn ku mengingati,Saat indah bersamamu,  
saat gelak ketawa kita bersama,saat sedih,
Semoga hilanglah kesepian.. 
 
Ibu..
Cahaya di matamu, 
Menyinari hati ini, 
Manis senyummu nan terukir di bibir,
hilang segala Resah dan gelisah.. 
 
Ibu..
Walau dunia kita jauh terpisah berbeza..
Segalanya Engkau tetap dihatiku.. 
bersama cinta yang SATU,
Cinta yang kekal HAKIKI selamanya.. 
 
Ibu..
Andai kau masih ada di sisi, 
akan ku beri sepenuh perhatianku hanya kepada mu seorang... 
Namun aku tak berdaya, 
ALLAH lebih berkuasa dan Maha Mengetahui,
dan Dia yg tlh menentukan segalanya.. 
Moga kita kan bertemu di dalam syurga, 
wahai Ibuku, Rokiah Bt.Md Yasin..T_T...
[Al-Fatihah kepada arwah Ibu,semoga Allah memberi rahmatNya kpd mu]

Saturday, October 15, 2011

~Tudung Labuh Hipokrit~

Bismillahhirrahmannirrahim....

Assalamualaikum . .
"Tudung Labuh Hipokrit?..."
Kenapa ramai wanita2 diluar sana suka mengeluarkan persoalan ini hanya kerana dia tidak mahu bertudung??
Nasihat ucuuu,jika tidak mahu berudung,biarlah anda seorang sahaja yang buat perkara tu,jangan pulak cuba mempengaruhi fikiran sahabat2 kita yang lain pula,kesian mereka.... Kalau kita tak sayang diri sendiri pun,tapi sayang lah orang2 disekeliling kamu tu,ibu kamu, adik2 perempuan kamu,saudara2 perempuan kamu, rakan2 kamu... kesian mereka...

Teringat pula ucuuu dengan status FB seorang sahabat ni,
"Berita GEMBIRA kpada para muslimat yg X SUKA BERTUDUNG..!Bahawasanya Islam TIDAK MEWAJIBKAN pun anda utk bertudung.. tapi Islam mewajibkan kita SEMUA untuk MENUTUP AURAT.. xkesahlah nak pakai LANGSIR ke, KAIN BATIK ke, SELIMUT ke, CADAR ke, KARPET atau TUDUNG SAJI sekalipun.. Ikutla atas kreativiti masing2.. (^^,) Islam itu mudah lg indah, janganlah kita menyukarkannya.."...

ha,jadi apa tunggu lagi, wanita yang tidak suka bertudung,cuba la 'try' sekali pakai langsir ke,kain batik ke...nak ke pakai macam tu?? mesti tak nak kan?sebab apa??  
sebab MALU... MALU dengan siapa?? MALU la dengan orang sekeliling,nanti kena kutuk dengan masyarakat... Ermm,macam mana pula MALU kita dengan ALLAH kan??? Sepatutnya kita kena MALU dengan ALLAH sebab kita tak ikut perintah Dia... Betul tak??
Tahu pula kita ni nak MALU dengan manusia kan, kira nya ada juga la perasaan MALU tu dalam diri kan.... Alhamdulillah,bersyukur lah pada Allah sebab ALLAH lah yang kurniakan perasaan MALU tuh dalam diri kamu wahai kaum hawa yang amat ku sayangi....Jadi buktikan lah rasa kesyukuran kamu tuh dengan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T... Bukan susah pon kita nak menutup aurat ni, mudah je... Hanya bertindak mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah je.. tak susah pon.. senang je..^_^,jom SENYUM...

 Ingat tau sahabat2, Menutup Aurat tu WAJIB.. Dalam dunia ni sudah pon ada jalan yg paling mudah Allah dah beri kepada kita iaitu dengan BERTUDUNG....Cuma hendak tidak hendak je seseorang individu itu..
Ingat,jika kamu bertudung,kamu yang dapat pahala sebab kamu dah lakukan tanggungjawab kamu sebagai kaum Hawa yang Allah redhai sebab kamu dah lakukan KEWAJIPAN yang telah Allah tetapkan kepada kaum Hawa...Kalo kamu tak pakai tudung,kamu TAYANG rambut kamu untuk dlihat oleh lelaki bukan MAHRAM kamu,kamu sendiri lah yang tanggung dosa tu.. Memang kamu seorang yang tanggung,sebab kamu yang buat,tapi ucuuu ni nak la kita masuk sama2 ke dalam SYURGA yang indah tu....:) 

Aurat wajib ditutup dan haram membukanya bagi setiap orang dewasa lelaki dan perempuan, kerana mendedah aurat boleh membawa kepada fitnah yang besar. Firman Allah di dalam Surah An-Nur ; Ayat : 31, yang bermaksud ::

“ Katakanlah ( olehmu wahai Muhammad ) kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukan pandangan dan menjaga kehormatan diri mereka dan jagan memperlihatkan perhiasan mereka, kecuali apa yang jelas daripada mereka dan hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke bawah paras dada dan jangan memeperlihatkan perhiasan kecuali kepada suami, bapa mereka, bapa mertua mereka atau anak mereka dan anak tiri mereka, saudara lelaki dan anak saudara lelaki, saudara perempuan dan hambanya dan di antara orang lelaki yang dikasi atau tidak ada syahwat kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita dan janganlah berjalan menghentak kaki sehingga orang dengar perhiasan yang ada padanya. Bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang2 yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan. ”


 ISLAM menyuruh wanita memakai tudung dan melabuhkan tudung hingga menutupi dada.. Sebab apa??
Mesti la banyak sebab nya... Setiap yang Allah perintahkan, mesti ada HIKMAHNYA.. Percaya lah... Cuma kadang2, kita ni manusia ni, tak perasan dan tak tahu apa HIKMAH yang Allah beri kepada kita.. sebab apa kita tak perasan?? sebab kita sering lalai daripada ingat Dia.. Tapi kalau tiap2 masa kita sering mengingati Dia, InsyaAllah Hidayah tuh akan ALLAH beri kepada kita....Jangan risau lah,Allah tu Maha Adil, Dia akan beri kepada semua HambaNya Nikmat Hidayah tu.... Cuma kita ni je perlu YAKIN kepadaNya.. macam kita yakin pada diri kita sendiri kalau nak lakukan sesuatu perkara kan.. macam tu juga la kita perlu pupuk KEYAKINAN kita kepada Allah S.W.T...^_^...

Ramai wanita diluar sana sering juga membuat persoalan tentang 'PERANGAI' seseorang tu... Sebenarnya, PERANGAI tu biarlah seseorang individu itu yang tentukan,dia nak jadi baik atau pon jahat ke.... Tapi nak ingatkan lagi, yg MENUTUP AURAT itu adalah WAJIB... kalau kita MENUTUP AURAT kita yang dapat pahala, tapi kalau kita tidak buat, DOSA lah dapatnya.. setuju tak? nak ke dapat dosa??mesti tak nak kan?? Jadi,JOM la kita menutup aurat sama2 k..^_^.. SENYUM LAH LAGI, JOM....

Sebenarnya tak payah lah kita keluarkan persoalan ini kepada semua orang tentang perempuan bertudung tak semestinya semua baik, sepatutnya kita tanya diri kita ni, "AKU NI DAH LA TIDAK BERTUDUNG,TAPI MENGUTUK PULA LAGI WANITA YANG BERTUDUNG TUH??... APA YANG AKU DAPAT??HANYALAH DOSA, SATU PAHALA PON AKU TAK DAPAT".... sepatutnya kenyataan seperti ini lah yang patut ada dalam diri kita, bukan nya kita mempersoalkan lagi persoalan yang sama macam seolah2 kita ni tak nak langsung MENUTUP AURAT dan kita seolah2 seperti menolak Hukum yang telah Allah perintahkan kepada kita.... Nauzubillah....
.
Kita kena ingat, kita ni Hamba Allah.. Kena ingat, ALLAH yang jadikan kita didunia ini.. Jika bukan kerana ALLAH yang telah takdirkan kita lahir di dunia ini, kita tidak akan merasai NIKMAT yang kita miliki sekarang ini... Ingatlah, semua NIKMAT yang ALLAH beri kepada kita sekarang ni,hanya lah satu PINJAMAN ALLAH kepada hambaNya buat sementara waktu sahaja.... sebab di dunia ni tiada yang kekal Abadi,yang kekal abadi hanya lah ALLAH S.W.T dan kehidupan kita di akhirat kelak.. Sebab itulah,ALLAH jadikan manusia ni untuk 'mengabdikan' diri kepadaNya...untuk beribadat kepada Nya.... Untuk melakukan Amal Ma'ruf Nahi Mungkar...Semua ni lah BEKALAN kita nak menuju ke SYURGA yang indah...^_^..

Sebab tu lah, Kepada wanita-wanita yang bertudungpon, jagalah akhlakmu, pelihara agamamu, janganlah mendatangkan fitnah pada diri dan agama. Jika bertudung, tutuplah AURATmu itu selaras dengan apa yang dituntut dalam Islam. Bertudung tapi baju ketat, berlengan pendek, seluar ketat. Kenapa mesti berpakaian seperti ini?? Kamu sendiri yang timbulkan fitnah itu pada diri kamu.. Kamu pandai marah bila ada orang mengata kamu,tapi kamus endiri yang tidak tunjukkan contoh yang baik kepada wanita2 di luar sana... INGAT lah,Apa motif bertudung itu jika yang lain ditayangkan dengan rela? Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Ingatlah bahawa azab Allah itu amatlah pedih sekali.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

(al-Ahzab : 33 : 59)


Sekadar perkongsian kepada teman2.... Dan menggunakan jalan ini untuk Amal Ma'ruf Nahi Mungkar..
mari kita sama2 mencari keredhoaan Allah S.W.T... Senyum lagi..^_^,, JOM...
Waallahualam....

Friday, September 9, 2011

Zulfan_Ibu

Sejenak hatiku mula tersungkur,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.

Biarpun anakmu jauh di mata.
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu, tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.

Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.

Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.

Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.
 Ucuuu with her BELOVED mom...
Doa': Moga Arwah ibuku di tempatkan bersama dengan orang yg beriman dan beramal solehah dan sentiasa dirahmati Allah.. Amin..