Saturday, April 14, 2012

♥~Ujian Senang VS Ujian Susah~♥

Bismillahhirrahmannirrahim....

Saat tempuh liku-liku kehidupan ini..
Sedarkah kita tidak lepas daripada diuji?..
Kita diuji kehilangan insan tersayang,
Kita diuji dengan caci maki orang,
Kita diuji dengan fitnah dunia,
Kita diuji dalam memilih pasangan hidup,
Kita diuji dengan wang yang banyak tapi kita sendiri tidak pasti datangnya daripada sumber yang halal mahupun yang haram,
Kita diuji hidup bersendirian sebatang kara di dunia ini,
Kita diuji dengan pelbagai bentuk jenis ujian dalam kehidupan di dunia ini..

Ada yang pabila diuji, terima dengan hati yang redha..
Ada yang pabila diuji, tertekan sehingga membawa kepada kematian yang sia-sia..
Ada yang pabila diuji, menjadi futur dalam perjuangan yang didokongnya sebelum ini..
Ada yang pabila diuji, menjadikan ia sebagai suatu cabaran pada dirinya untuk lebih bersemangat dalam mencapai keredhaan RabNya..

Tapi percayalah...
Kesenangan mahupun kesusahan itu datangnya daripada Allah..
Dia nak lihat kita bergantung kepadaNya atau pun tidak jika kita ditimpa kesusahan..
Dia nak lihat bersyukur atau pun tidak dengan nikmatNya pabila kita diberi kesenangan..
Andai kita biar diri kita menerima ujian dengan jiwa yang tertekan,
ia hanyalah mengaburi pedoman..
Kembalilah kepadaNya, pergilah kepadaNya, untuk mencari bimbingan..
Andai kita berjalan mengejarNya, Dia berlari mengejar kita..
Andai satu langkah kita berjalan kepadaNya, seribu langkah Dia dekat kepada kita..

Serahkanlah sepenuhnya takdir di tanganNya bagi mengukir perjalanan liku-liku kehidupan ini..
Jadi, walau apa jua pun ujian yang melanda dalam kehidupan kita,
kita akan tabah menerimanya kerana
kita percaya Allah sentiasa bersama kita..
Ingatlah, nikmat kesenangan itu tidak akan selamanya kekal..
Kesusahan juga, tidak akan selamanya susah, jika ada usaha daripada kita..
Allah pasti akan beri kesenangan pada kita suatu hari nanti setelah pelbagai kesusahan kita tempuh..
Ia seakan-akan berganti-ganti seperti kejadian malam dan siang..
Selepas malam datang nya siang, selepas siang datang nya malam, begitulah seterusnya..^_^..
Dan ingatlah, waktu Allah beri nikmat kesenangan itu,
janganlah kita sesekali melupakanNya kerana daripada Dia jua lah kesenangan itu hadir..

Kepada yang sedih, murung, kecewa, dan derita dengan ujian susah yang Allah beri kepadanya, beringatlah dan jangan fikir kesusahan ini akan berpanjangan..
Gunakanlah peluang dalam kehidupan ini untuk melakukan seberapa banyak jua kebaikan sebelum segalanya terlepas daripa genggaman kita..
Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana
kita melepaskan peluang yang sudah terbuka didepan mata..
Ketika itu, 'Nasi Sudah Menjadi Bubur'..

Ujian ini kan Tarbiyyah dari Allah..
Allah mengajar kita daripada ujian-ujian yang Dia beri kepada kita..
Semua insan tidak dapat lari daripada menerima ujian kerana inilah bukti kasih, sayang, cinta Allah kepada kita..
Andai kita tidak diuji, bermakna Allah tidak menyayangi kita,
kenapa Allah tidak menyayangi kita?? kerana kita yang tidak menyayangiNya..
Andai Solat pun kita tinggalkan, Aurat pun kita tidak jaga, mengumpat orang tak tentu hala, ber'couple without nikah' bagaimana Allah nak menyayangi kita jika inilah sikap kita kepadaNya?? Fikirkanlah..
Ujian yang Allah beri kepada kita bertujuan hendak menguji tahap kesabaran kita dalam menempuh ujian tersebut..
Kesenangan yang datang selepas susahnya kita,
semua itu adalah nikmat daripada Allah..


Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."

Thursday, April 12, 2012

♥~YA ALLAH~♥

 Bismillahhirrahmannirrahim....

Aku terlalu lemah tanpaMu..
Aku tidak boleh hidup tanpa Kau disisiku..
Aku tahu Kau akan sentiasa disampingku..
CintaMu memang tiada tandingannya..
kerna itu aku menyanjungiMu..

Sepanjang mata ini tidak tertutup,

Sehingga jantung tak berhenti berdegup,
Selama itu pun, aku hanya impikan diriMu utk berada disisiku,
kerna ku tahu, Kau lah cinta sejatiku..

DariMU, Kutemukan hidupku..
Bagiku, Kau lah CINTA HAKIKI KU..

Bila sudah tertulis suratan takdir untukku,
Pasti ini adalah yang terbaik untukku,
Kan kujadikan Kau teman ku bermanja
dan tempat ku mengadu nasib hidupku,
ALLAH ♥ -Ya Allah.. Engkau lah Maha Pengasih dan Penyayang..- ♥ ALLAH
~Ucuuu Solehah~
 
Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."

♥~Ya Rasulullah~♥

 Bismillahhirrahmannirrahim....

Aku ingin kau menjadi mimpi indah malam tidurku..
Aku ingin menjadi salah seorang yang kau rindui..
Langkahku akan longlai tanpa semangat yang telah kau ajarkan kepada ku...

Aku ingin menjadi seorang

yang sering menjadikan akhlakmu sebagai ikutan para mukminin..
Aku ingin kau tahu bahawa aku terlalu menyayangi dan merinduimu..

Walaupun tidak dapat bertentang mata,

tetapi dengan mengenalimu, ia telah membuatku tenang,
kerana ku tahu kau lah kekasih Nya..
Tanpa segala ajaran dari dirimu, aku merasa hilang... dan sepi...
Moga kau beri syafaatmu buat diriku..
NABI MUHAMMAD SAW ♥ -Ya Rasulullah, Pesuruh ALLAH..- ♥ Nabi Muhammad SAW..
 pinjam gambar dr Rusydee Artz jap..ehhe...

Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."

Friday, March 23, 2012

~bakal SUAMikuuuuu~

Bismillahhirrahmannirrahim....
Selama ini ku tutup ruang kamar hati ini hanya untuk insan yang bergelar SUAMI...
Sekian lama ia kekosongan kerana..
aku hanya mengharap insan yang benar-benar IKHLAS sahaja, 
yang akan memperisterikanku untuk menutupi kekosongan ini..
__________________________________________
Aku mencari insan yang IKHLAS,
Aku mencari insan yang JUJUR,
Aku mencari insan yang BERIMAN,
Aku mencari insan yang BERTAQWA,
Untuk menemani dan mengharungi perjalanan hidup ini bersama-sama dalam PERJUANGAN yang satu.. 
___________________________________________

ALLAH mencipta wanita dan lelaki saling memerlukan antara satu sama lain..
Rasa kasih sayang yang ALLAH kurnikan dalam diri masing-masing tidak dapat untuk kita hindari kerana ia adalah FITRAH manusia yang digelar 'Adam' dan 'Hawa'..
Rasa kasih sayang itu wujud agar kita sama-sama dapat menikmati kedamaian dan ketenangan dalam hati masing-masing..

Aku sedar, aku tidak sesempurna wanita yang cantik-cantik di luar sana tu..
Tapi hanya satu yang ku harapkan,
'KEIKHLASAN' darimu..
dan aku hanya ingin membawa keramahan dan kemesraan itu kekal hingga ke JannahNya..
________________________________________
Aku ingin menyayangimu,
Aku juga ingin disayangi..
Aku ingin merinduimu,
Aku juga ingin dirindui..
Aku ingin mengasihimu,
Aku juga ingin dikasihi..
Agar kita kan saling mengerti antara satu sama lain di hati masing-masing..
________________________________________

YA ALLAH.. Kabulkan harapanku ini..
Agar ku tenang, dijiwa yang sering rasa resah gelisah ini..
Moga hilang awan mendung yang sering mengikut jejakku ketika ku bersendiri..
Moga harapan dan impian ini akan dirahmati dan dipertemukan seorang lelaki yang bergelar SUAMI supaya pahit, manis, susah, senang kan dapat kita harungi bersama-sama demi memperoleh CINTA HAKIKIMU YA ALLAH....

ALLAH menjadi saksi dengan apa yang ku lafazkan ini..
Hidup, Mati dan Jodoh rahsia ALLAH yang tidak dapat untuk kita selongkar rahsia itu sehingga lah saat itu tiba dalam diri kita masing-masing..
Semuanya telah diatur dan ditentukan oleh ALLAH S.W.T.. Percayalah wahai bakal suamiku..

Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."

~ILHAM yang datang tiba-tiba dari LUBUK HATI yang paling dalam~
_Ucuuu Solehah_

Thursday, March 22, 2012

kEmaTiAn seMAkin HampiR, suDah berSiap sediAkAh KiTa?

 ______________________
Bismillahhirrahmannirrahim....
Bagaimana IMAN kita hari ini??
Bersediakah kita untuk menghadapi KEMATIAN?
kematian yang sudah tertulis pada suratan takdir kehidupan ini..
Tapi.. hanya Allah sahaja yang tahu bila ajal kita akan tiba,
yang PASTI ia akan tetap terjadi,
semua makhluk tidak dapat lari daripada ini...

Adakah kita sedar saat kematian itu semakin lama, semakin menghampiri kita??
Apabila setiap kali menyambut hari kelahiran kita, 
ingat kah kita tentang usia yang kian meningkat ini bakal menemui kematian??
Detik kematian itu semakin menghampiri kita tanpa sebarang Petanda atau Petunjuk diberikan kepada kita...
Pabila tiba detik ini, tiada seorang pun kan dapat melarikan diri..
Tidak takut kah kita dengan KEMATIAN??

Inilah HAKIKAT dan sesuatu yang sangat PASTI,
akan berlakunya KEMATIAN dalam diri setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi Allah ini..
Tidak kira lah mereka yang miskin, kaya, tua, muda, perdana menteri, ulama', raja, semua akan melaluinya..
KESAKITAN KEMATIAN yang dirasa tidak terkata sakitnya,
apabila dipisahkan ROH dari JASADnya..
Hanya amalan yang SOLEH/AH yang boleh redakan bebanan derita diambang KEMATIAN kita..
Jadi, pilihan sudah ada di tangan anda, hendak menjadi soleh/ah ataupun anda rasai lah KEMATIAN yang begitu dahsyat sekali..

Akhirnya.. terhentilah denyutan nadi dan nafas itu kerana ROH telah meninggalkan pergi kepada jasadnya untuk menghadap Ilahi.. Seterunya ROH nya lah yang akan dihitung dan dihisab oleh ALLAH AZZA WAJALLA..

FooTnOte: SAAT KEMATIAN itu pasti tiba, adakah kita sudah bersedia dengan amalan-amalan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak?? Sama-sama lah kita muhsabah diri kita..

 
Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."
____________________

_Ucuuu Solehah_