Thursday, November 25, 2010

BeLajAr bAhAsA koRea-PArt 1

...BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...

Impian ucuuu utk belajar Bahasa Korea sekarang rasa mcm susah je nak tercapai..
Oleh yg demikian,ucuuu merancang utk belajar dgn usahA sendiri.. ucuuu akan belajar melalui INTERNET je..^_^..
InsyaAllah..belajar yg simpLe2 je dULu... shOrt,siMpLe n swEEt..^_^.. mcm UsrAh pULak.ehhee....
Ucuuu jugA nak Ucap Terima kaseh yg xtrhingga kpd LAMAN2 web yg teLah ucuuu jadikan SUMBer rujukAn ucuuu..ehheheh...
Erm....yg coMmon2 je la eik ucuuu nk share kat sini... JOM2 BLAJA KOREA... Besh taw...
ckp koreA ni,CUMEYL sgt... sbb tuh ucuu suke tgok ciTer korea,sbb ucuuu suKe caRA percakaPan mereka.. sOPAn2 giTu...^_^...
OKaiyh....skRG ucuuu nk shAre kn perkAtaan-prkAtaan yg mUDah dan sering kiTa gune
utk berkOMunikaSi dgn Org sekeLiLing kita:

여보세요.
[Yeoboseyo.]
Hello (ni Time kOrunk jAwab CALL kat phone).

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Hello. (ni ,Kalo nak berteGUr dgN rAKan2 koruNK,ckp La ni..)

만나서 반갑습니다
[Mannaseo ban-gapsseumnida.]
It's a pleasure to meet you. GembIre sekALi bertEmu dgn Kamu.

안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Good bye (biLe tiMe koRunk nk cAkAp slmt tinGGAL dan nak pergi).

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
SELAMAT dATang

초대해 주셔서 감사합니다
[Chodaehae jusyeoseo gamsahamnida.]
Terime kaseh sebAb jemPut kAmi

고맙습니다.(감사합니다.
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
TEriMe KAsih(kalo nak eja KAMSAHAMNIDA pon bOLeh juga)

천만에요.
[Cheon maneyo.]
Sama-SAma(LEpas org ckp kamsahamnida,jwb ni k)

미안합니다.(죄송합니다.
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Sorry.

미안해
[mianhae]
mintak maaf(guNa ini Kalo tiMe x formAL sangat la mcm kita nak mintak maaf kpd kawan2 kite ke kn)

괜찮습니다.(괜찮아요.
[Gwaenchansseumnida.]
It's all right @ tak ada apa-apa

괜찬아..
[gwaenchana]
It's all right @ tak ada apa-apa (yang ni kALo infORmAL k)

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
Excuse me.

생일(을) 축하하다
[Saeng-il(eul) chukahada]
sELAMat hAri jadi.

어떻게 지내십니까?
[Eo-ddeo'ke ji naeshimnikka?]
Apa Khabar?

잘 지냅니다, 감사합니다.
[Jal jinaemnida]
BAik, Terima kasih.

예/네.
[ye @ ne]
Ya.

아니오.
[anio]
Tidak.

"ni UCAPAN-ucAPan sELAMAT"

좋은 아침입니다.
[Joh-eun ah-chim-imnida]
SeLAmat Pagi

저녁입니다.
[Joh-eun jeonyeok imnida]
SeLamat PetaNg

좋은 밤입니다.
[joh-eun bamimnida]
sELAmaT mALam

안녕히 주무십시오.
[annyeonghi jumushipshio]
sELAMat MaLam( time waKtu nAk masuk tiDur)



No. sAtu hingga sePULUH dALAm bAHasa KOREA:
하나 [hana] = Satu
[dul] = Dua
[set] = Tiga
[net] = Empat
다섯 [daseot] = Lima
여섯 [yeoseot] = Enam
일곱 [ilgop] = Tujuh
[yeodeol] = Lapan
아홉 [ahop] = Sembilan
[yeol] =Sepuluh


huhuhu..Okaiyh..ucuuu stOP sini dULU k.. nanti Kiter BLAJA lagi..
ni bAru MUKADIMAH je ni..
bANyAk lagi taw nk BLAJA ni...^_^.... seLAMAT mencUba koruNK smUA...^_~

~wassalam..~

Monday, November 22, 2010

waRKah dAriPadA AnAK yAng bERDosA

...BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...

SALAM.... TOLONg jAga Ibu... dAn TOLOng jangan BEBANKAn Orang yAng saKit utk MenjAge Ibu.. kEnapa kita biarKan org sAkit menjAga orang yang saKit juga???? Kita yang diberi kEsihaTAn yang bAik ni, Apa guna nya kita Hidup di DUnia ini tp Tidak sedikit pun berbAKti kpd IBU???

TOLONG LAH... TOLONG LAH... TOLONG LAH!!!.....
JANGAN penting kan diri sendiri kALian semua dengan hanya mengejAr keduniAAn semATa-mATa...
INGATLAH....REDho ALLAH terletak pada REdho IBU BAPA.. LAYAKKAH kita semua hendak ke SYURGA ALLAH yang indah dan abadi itu??? INGATLAH semla pERjanJian yang kaLian koTAkan semasA didALam peruT ibU Lagi, PERJAnjiaN yang menGATAkan anda Akan TAAT kepADa PERintah ALLAH... tApi apA yang 'adik' dApAT lihat, Adik BERadik 'adik' sendiri tidAk melakukan kewajipan yang telah Allah berikan kepada kita... tiDak menunAikan soLAt 5 wakTu sehari semaLam.... sedaNGkan ini yang UTAMA... apa gunanya kita berdoa,tetapi masih ada LUBANG dalam sOLat kita???? "adik" juga lihat dan perhatikAn, AL-QURAN yang sepatutnya menjadi TEMAN kita ketika susah mahupun senang sudah tidak dihiraukan lagi.. Malah,telefon bimbit pula yangtelah menjadi TEMAN dan NYAWA dALam diri kita.... MALUNYA kita dengan ALLAH dan RASULULLAH...

Taat Kepada IBU dan Bapa BUKAnLAh hanYA sekaDAr beLAjar bersungguh-sunGGuh, BErjayA dALAM kehiduPAn kALian, ATau pun hanya memberi Wang ringgit kepada Ibu BApa.. INGATLAH....WANG RINGGIT kalian itu tidaK dapaT sAMAkaN niLAinya dengAn keseMua JAsA IBU sejAk IBU mengandungkan kita, KEPERITAN yang IBU tanggung semasa melahirkan kesemua anak-anaknya sehinggALAh KEsusAhan yang IBu HADApi semaSa membeSArkan kita.. terfikir kah kita denGan apa yang telah dilakukan AYAH??? Ayah yang telah menyekolahkan kita??? aYAh yang sentiasa Sabar dengAn kereNah anak-anaknya... ayah yang telah mendidik kita hingga menjadi manusia yang berjaya saat ini.... pernAh ke kita terfikir tentang ini seMua?? MAsih LAyAkkah kita semua hendAk ke SYURGA sedangkan kita sbuk mengeJar DUNIA semata-mata?? PErnah tiDAk kita terFikir akan TEKANAN yang IBU dan AYAH kita hadapi sepanjang mendewasakan kita?? pernAh ke kite bertanya kepada IBU, apa yang IBU rasa seLAMa hidup membesarKan kita?? pernAH tidak kita TERFikiR?? AdAkah CukuP denGAn hAnya DAtang menziaRah Ibu yang sedAng terlantar di katil?? dAn adakah cukuP denGAn hanyA meLihAt sAhaja keaDaan Ibu tanpa melakukan sebarang tindAkan???
aDAkah ini TELAh menyenaNgkan HAti IBU kita???

DisAat IBU sedAng mengALAmi sAkit yang kroNik ini, IBU memerLuKAn soKOngan PENUh dar keseMua anak-anaknya, BUKAN mendapAt teKAnan daripada anak-anaknya mahupun sUAminya.. ALANGKAH indahnya jika kita adik beradik BOLeh berpakat-pakat untuk MenjagA IBU, BUkan Hanya mELEtAkkan tanggungjAwab menjAga IBU itu untuk adik-adik PeremPuan sahajA....atauPun hanYa meletAkkannya hanya kepada seOrang sahAja yang bertungkus LUmus menguruskan IBU... 'adik' sendiri mengakU, 'adik' ni sangAt-sanGAt PEMALAS untuk membantu IBU masak di apur ketika IBU masih sihAt, HAnya ada pada wakTU-wakTU tertentu sahaja 'adik' akan jadi rajin,itu pun bergantung dengan "MOOD" 'adik'.... "YA ALLAH, 'ADIK' berdosa kepada IBU, sepatutnya dari dulu lagi 'adik yang patut bantu IBU masak di dapur,dan bantu IBU kemas rumAh untuk ringAnkan BEBAN ibu,kerana 'adik' da besar... tapi 'adik' masih tidak sedar... TEngokLah apa yang telah 'adik' lakukan??? 'adik' LAh punca IBU sakit..:'(... APa yang teLAh 'adik' buAT ni hanyALah ikut KEMALASAN yang haNYa BOLEh mengundaNg diri 'adik' kedALAm NERAKA, NAUZUBILLAH... 'adik' menyeSAL sekarAng, adik menyesAL sebab 'adik' tidAk sepAtutnya memberi teKANan kepada IBU dengAN berperanGAi demikiAn.. MUNgkin IBU hanya DiaM,TApi di HAtinyA???? siApaLAh yang Tahu??? HAnyA ALLAH sahaja yang TahU..

FOOTNOtE: BUkan hendAK menyALAhkan sesiAPa, TApi mARiLAh kiTa PERbaiki KELEMAHAN yang ada DALAm diri KitA adik-beradik ni.. TAKut-takut, Kita menyESAL dikemudiAn hAri jikA tidAk dAPAT menjAga IBU denGAn bAik sepanjANg hayatnya... "TEPUKLAH DADA tanyALAH IMAN"..

Sunday, November 14, 2010

NIKAH KHITBAH (NIKAH GANTUNG) TIKET UNTUK BER'COUPLE'

..BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..



Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" (dulu disebut berdua2an atau merendet) antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"
Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaituBERNIKAH!”.
Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
Khitbah
Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber'coupling' berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?)
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda,duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali 'nikah gantung' ini dengan panggilan baru iaitu 'nikah khitbah', walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, fb dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.) Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7.7.1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber'couple') kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung-sebab tdk duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah. Doakan!!!
WA
RUJUKAN,

Monday, November 8, 2010

sAje mengisi mAsE LAPANG^_^, jgn IKUT gaya ni.hehehe

Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek.

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adalah salah
dan kebanyakannye sama, terpikir kah anda untuk menjawab dengan
jawapan yang betul??
Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan
jawapannye (tak le boring sangat lebih lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon)

1) Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap sini bukan balai polis.

2) Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane.

3) Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler buat ape tanye saya.

4) Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur

5) Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumahbapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6) Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye time kacih.

7) Soalan: haloo, tolong panggilkan samad saya nak bercakap dengannye
Jawapan: sila panggil sendirisaya sibukmaap

8) Soalan: halloo
Jawapan: haloo pusat sakit mental disini anda ingin mendaftar?

9) Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya
Jawapan: maap ini bukan kaunter pertanyaan.

10) Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi kalau saya masih menjawab betul le tu.

11) Soalan: assalammualaikum.
Jawapan: waalaikummussalam(tupp!terus letak tepon salam kite wajib
jawab)


fOOTnotE:.... XLEH tahan,mesti aku tergeLAk sowank2..hehee^_^

Friday, November 5, 2010

rEdhA dAn bersiAp sedia MeLUpakan dirimu.. kerAna "cintAku hanYa kepadaMu YA ALLAH"

...BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...
JangAn kiTa menyaLAhkAn takdir yg melandA..
pABiLa ku mereNung kemBALi sejArAh siLAm..
aKu rAsA terUmbAng-amBing,
daN seperTi tidAk mengeNALi diriku sendiri..

Alhamdulillah, mUjurLah ALLAH itu Maha mengasihi,
daN maha mengetaHui apA yanG Aku rasA..
Aku dibEri HidAyah daN petunJuk dAriNya...
aKu diLindungi oleh Nya drpd CINTA seorAng lelaki yang boleh mendaTAngkan FITNAH kpd diri ku dan juga kepAdA keLuargAku..
aKu mohon kepadA Allah agar aku boLeh meneruskan kehidupanku ini dengan mengenAL apa makna dosa dan juga PAhALa...
kini, Aku menyesaL bahawA memaNg tidAk patUt wuJud perasAan cinta kePada seorang insan yang bergelar LELAKi itu dlm diri ku ini..
Aku berJanji kepadaMu Ya Allah,
cinTaku ini hAnyalah LayaK untuk Mu, untuk KekasihMu iaitu Rasulullah.. cintAku ini juA haNya kepada Mak dan Ayahku, kepada KeLUARgaku,juga kpd SahAbaT-saHabaT seperjUANgan ku.. dan Juga cinta ku ini hanYa LAYAK untuk Insan yg bergeLar sUAmi ku sahaja...

deNgan kehendakNya,
Kau datang menghampiriku
dan membuAt diriku tErpaKu hiNgga Hilang tiAp kata untuk ku katakan..

bUkan NiaTku untuk MenjauHi dirimu, tetApi AMAT sukAr sekALi biLa mengeNAng kemBALi sejArah kiTa daHULu,semaSa kite BercinTa yang tiada Hala tuju itu, doSa-dosa yang kulakukan terhadap ibubapaku ketika Bercinta dengAnmu..
terLALu banYAk dosA yang ku rasakan yang teLah ku Lakukan ketiKa bercintA denganmu..
Aku tAhu dAn aku mengerti NIATmu sangat suci untuk jadikan aku caLon isterimu suatu hari nanti,tapi apa yang kitA lakukan ini salah... Jika benar kau cintakan ku,kau datanglah kerumahku dan meminangku,BuKAN dengan "bercouple" seperti ini....

sewaKtu aku meraSa disisih dAn juga dibuang ketepi,maLah tiada sesiapa pun mempedulikan diriku ini, memang kau lah orang yang sering berada disisiku..
tapi bukan kau yang memberiku ketenangan dalam diriku..
aku yakin ALLAH la yang memberiku segala rasa tenterAm itu..
Hanya Allah Maha mengetahUi..
aPA yang ada dALam hatiku..
biAr hanya Dia yang menentukannya..

JangAn kitA menyaLAhkAn takdir yg melandA..
pABiLa ku mereNung kemBALi sejArAh siLAm..
Ku REDHA dAn sedia untuk berPisAh dengAn dirimu kerana kini aku lebih mencintai Allah dari dirimu..
aku juga sediA untuk menerimA yang sudah tertulis dalam kehendakNya..
InsyaAllah jika sudAh tertuLis kau JODOHku,kau jua la insan yang akan menjadi pasanganku nanti..

Wednesday, November 3, 2010

biAr stOkin dibasahi AIR, asALkan diRi tidAk dibasaHi deNgAn doSa

...BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...

Aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil berikut;

Allah berkata,

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
An-Nur 24:31



Maksud ‘kecuali yang zahir’ dalam ayat ini sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak tangan wanita.

Aisyah melaporkan,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”

Hadis direkodkan olah Abu Dawud.



Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.

Dalil lain yang menunjukkan dua kaki adalah aurat ialah hadis yang dilaporkan oleh Ummu Salamah. Dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w ,

Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung? Nabi s.a.w menjawab,


إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا
“Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.”

Hadis direkodkan oleh Abu Dawud.



Abu Dawud menyatakan sesetengah perawi hadis ini tidak menyebut ia daripada Rasulullah s.a.w tetapi dari Ummu Salamah sendiri.

Jika ia lafaz Ummu Salamah sekalipun, ia tetap menjadi dalil yang kuat memandangkan Ummu Salamah adalah isteri Rasulullah s.a.w. Sudah tentu Ummu Salamah mengamalkan perkara yang telah diketahui benar dari Rasulullah s.a.w itu sendiri.

Abu Dawud dan Al-Tirmizhi merekodkan hadis daripada Aisyah r.a yang mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w berkata,

لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ حَائِضٍ إِلَّا بِخِمَارٍ
“Allah tidak menerima solat wanita yang telah haid kecuali dengan mengenakan tudung”.



Hadis ini menunjukkan wanita yang telah baligh wajib menutup seluruh kepalanya ketika mahu solat.

Imam Tirmizi mengulas hadis ini di dalam Jami’nya (kitab karya beliau), “Apabila wanita yang telah baligh dan mukallaf melakukan solat dan ada bahagian rambutnya terdedah, maka solatnya dianggap tidak sah”.

Berdasarkan rasional yang telah dikemukakan, adalah jelas aurat wanita ketika solat ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Fuqaha’ sepakat menyatakan demikian kecuali kaki, ada fuqaha’ yang mengatakan ia dimaafkan jika terbuka.

Rasional pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat ialah,

“Menutup dua kaki semasa solat adalah disunatkan (digalakkan) serta bukan kewajipan yang tiada tawaran (rukhsah). Ini adalah kerana dua kaki bukan aurat yang wajib ditutup. Takwilan seperti ini dikuatkan oleh sebab adanya keperluan wanita membuka kedua kaki jika wanita berjalan. Sekiranya mereka menutup kaki, maka keadaan itu akan menyusahkan. Disamping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarik bagi lelaki ketika dia melihat kakinya, tidak seperti ketika melihat wajahnya. Kalau wajah sahaja bukan aurat, walhal ia lebih banyak menjadi daya penarik lelaki, maka apatah lagi kaki. Justeru itu, kaki bukanlah aurat wanita”.



Secara peribadi, saya melihat hujjah yang mengatakan kaki bukan aurat agak lemah dibandingkan dengan hadis-hadis yang telah dinyatakan di atas. Hujjah yang digunakan lebih kepada lojik akal. Sedangkan lojik akal bila bertembung dengan nas, maka nas perlu diutamakan.

Berapa banyak perkara agama yang tidak boleh disandarkan kepada lojik akal semata-mata disebabkan terbatasnya akal manusia untuk berfikir. Alasan sukar berjalan jika menutup kaki tidak boleh lagi dipakai pada zaman sekarang. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi moden semakin berkembang, wanita masih boleh memakai stokin yang pelbagai fesyen sekarang.

Saya pernah membaca kisah seorang wanita yang meremehkan menutup kaki semasa menunaikan haji. Banyaklah rungutannya akibat terpaksa memakai stokin, lebih-lebih lagi ketika stokinnya basah terkena air. Akibatnya dia ditimpa bala oleh Allah swt. Setelah sedar punca bala tersebut, wanita itu bersungguh-sungguh menjaga aurat kakinya.

Mengambil iktibar dari kisah wanita itu, saya sendiri memakai stokin ketika riadah di taman tema air. Taman tema air seperti di Bukit Merah dan The Lost World of Tambun merupakan kawasan umum yang mencampur aduk lelaki dan wanita. Jadi pilihan yang ada ialah tetap memelihara aurat kaki. Biar stokin dibasahi air asalkan diri tidak dibasahi dosa.