Sunday, July 18, 2010

mEE sOs KAcAng GoREng~AL-Kisah

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...

Assalamualaikum w.b.t.......:')

ehehehe......ini RESIPI terkini yg ucuuu IMpoRT khas UNtuk PembAca2 BLOG ucuuu...hehehe.... korunk pernah buat "MEE sos KACANg gORENG" kat rumAH x?????
hehehe....
try la wat skali...ala!!senang jerk!!xsusah pon.... masok2 tuh,masok2 ni...da SIAP....
hahaaa^_^....

ini smue adalah angkara ucuuu tgok citer KOREA ni la... korunk pernah x tgok citer
COUPLE or TROUBLE????
besh aw citer tuh....lg2 bile tgok dorunk mkn "Mee SOS kacaNG goREng"
dlm citer uh......... pErgh.......lg la eXITEd giler ucuuu tgok..
nmpak mcM sedAP btol....
mmg LEPAS je tgok citer uh kn,HATI ni MMBUak2 nk wat sndiri
"Mee SOs KACAng goRENg" ni.... ni ha,kat BawaH ni ucuuu UpLoaD gmbor Cover cd citer uh......

MmG LAWAK giler la citer ni....kelakar je bile tgok... tp SEDEYH pon ade.. wuuuaaa!!plg sedeyh wktu LAST2 la....yg time PART pompuan heroin ni nk tinggalkn
ANAK2 sdare oh ji hoo tuh...wuwuwuwuuu..menanges taw UCuu tgok..hahaah...:')
eiyh!!!terlebih sudah..ni da LARI tjok ENTRY ni da..hehee...
k,k..smbg blek kpd "MEE SOS KACANG GORENG" kiter kn... ucuuu nk share la sket mcm ne ucuuu wat mee ni...
1) korunk tUmBuk IKAN bilis+Bawang Merah seBiJi+baWang PutEh 2 ULAS je..
2) koRunk pon tUMis la keTIga2 bahan atas ni ke dlm KuALi yg da de minyak la...
3) koRUnk biar kasik gARing sket kn...
4) Korunk pon masokkn la GARAM secukuP RSew kn..
5) kORunk masokkn SOS TIRAM!!!! dan taruk la jugak KICAP sket....
6) kORUnk MASokkn soS ciLi..hehehe.....
7) LEpas je tgok da de COLOUR2 ITAM sket uh, da btol la tuh kn.....
8) KOrunk pon TarUk La fiShBALL @ uDanG @ soTONG @ ape2 jua bahan tambahan korunk nk tmbh kn..:)
9) kORUnk masokkn la MEE tuh...
10) then,korunk GAUL2,,,kacau2...hehehe....
11) SIAP...tutup api...heehe^_^...

ha!!kan senang je kn???xsusah pon...hihihi..LEpastuh korunk TABURkn lah KACANG GORENG yg da SIAP kisar nye kat atas mee tuh....so,JADIKAH "MEE SOS KACANG GORENG"..ehehee..
ni LAH HASIL yg da SIAp!!!

FOOtNOte:...
TRY la!!!.......hehee...SEDAP ni...KAWAn2 ucuu suke taw....hehee.. ALhamdulillah..:).. bile kiter wat sesuatu tuh dgn NIAT untuk mmBERi, dan BILE dorunk mkn, drounk kata SEDAP... rsew bersyukur sgt...dan HEPY sgt.... yg pnting niat kiter mstilah btol... hiDUp BEerTi dgn MMberi...^_^.... petik semula kata2 uSTaz HasrIZaL @ SaiFUL ISLAm...^_^.....

Friday, July 16, 2010

sEsUAtu yAng TidAk didUgA...

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...

Astaghfirullahalazim....


ucuuu di kejutkan OLEH sahabat serumah ucuuu sebentar td.... adalah lebih kurang antara pkol 12.30 pg-1.00 pg td.......

mULA2 tuh,shakiLA kETuk pintu bilik ucuuu,pastu die mintak ucuuu temAn die tgok Ade mcm bunyik "PELIK" kat LUAR rumah kitorunk kat pintu blakang tuh.... mULA2 uh, ucuuu ckp dgn KiLa, "KUCING" kot.....tp KILA ckp,TAKOT bnde lain sbb bunyik die mcm PELIK sgt........xseperti sblm2 ni,mmg KUCING.... Lepas tuh,ucuuu dan Kila pon buKA tingkap first kat depan bilik ucuuu dgn kila tuh..kalo bukak tingkap tuh,mmg leh nmpak la ape yg ade kat luar rumah tuh..... kami pon bukak sme2.. USHA punye usha... tetibe kitorunk trnmpak ade KELIBAT MANUSIA "MELOMPAT" dr pintu blakang rumah kami....
"Ya Allah, KILA, tuh ORG tuh.....".... KILA dan aku pon JERIT KASAR kpd LELAKI yg cuba melarikan diri itu....
KILA ckp, "WOOOoooOOoooiiiiii"....(buat2 sUARE BESar2 sket).. takot sket pencuri tuh.... tuh yg die KELAM KABUT lari uh... tp kami xsempat nmpak la die tuh sape,cuma nmpak dr BELAKANG jerk....die pkai t-shirt wane putih.....

Lepas tuh ape lg,kitorunk pon Cepat2 Pergi dekat BILIK kawan kami yg pintu die mmg senang terbuka tuh,tp pintu tuh ade GRIL da... mmg sntiasa KUNCI la.. yg rosaknya PINTU biase yg kayu tuh,kalo org tolak je atau angin tolak, mmg boleh trbuka sndiri... TAPI still xboleh masok la selagi GRIL tuh xtrbuka....... mngkin "PENCURI" tuh hndak kopakkan kot,tp sebb kami da perasan die dulu,so, die sndiri KELAM KABUT melarikan diri...
Alhamdulillah...syukur sgt kpd Allah sbb mnjaga kami..da la kami ni smue perempuan....ucuu CUAK sgt2 td taw........ Alhamdulillah.. KILA bru je lepas abesh bce YAssin wktuh tuh,tetibe die dgr bunyik pelik dan ANJING pulak berbunyik2 kn... tuh yg jadik KEMUSYKILAN kila mnjadik semakin meningkat lalu meminta tolong aku skali untuk usha ape yg de kat luar sbenarnye...
MEMANG lepas je tuh,KAMI smue,ucuuu,KILA dgn SARA pi tutup PINTU bilik tuh,dan KUNCI btol2 kunci la... pastu kioturnk cek kat BAWAH lak.. kitorunk tutup smue tingkap kasik btol2 RAPAT ...PINTU dapor pon kitorunk kunci dan MANGGA skali....

Ya Allah...kau selamatkn lah kami smue di dlm rumah ni, supaya tidak ade berlaku perkara2 yg xdiingini kpd diri kami ini..... ENGKAU pelihara lah kami ya Allah... ENGKAU lindungilah rumah kami dr pencurik2 yg xbertanggungjawab tuh smue...
Amin Ya Rabbal Alamin..



PESANAN kpd SMUE ORG : kpd smue PENGHUNI FAIR PARK anda di minta BERHATI2 pd wktu mlm..KUNCI smue sgala PINTU ok..tingkap pon jgn lupe kunci skali... rumah sy hmpir di pecah masok td, mujur la ade PENJAGA berbunyik2 di luar,dan mnyebabkn salah sorunk dr teman serumah kami tersedar... lalu kami melihat nya,mmg BENAR ade "maling" mahu cuba masok rumah.. doakan keselamtan kami smue..... syukran....

Thursday, July 8, 2010

wuDuk & ziKiR pEnguBat KEMARAHAN

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...

_MARAH_

bEtoL ke kalo kiter brWUDUk dan brzikir boleh Mnjadik PenawaR atau UBAT bg merawat KEMARAHAN yg ade dlm diri kiter??? hndak pastikan??? mari kiter baca article yg ucuuu nk share kn kpd sahabat2 sekalian..:)..
Moga KIter smue dpt manfaat dan Kebaikan dr aRtIcLe ini... InsyaAllah...:)

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.

Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.

Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.

Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmizi)


Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan.
Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.

Allah berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).

Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari)

Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan,
tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat..



fOOtnOtE:
mari ucuu nk share sket pengalaman sndiri ni... ucuu pernah merasai MARAH yg tramat2 sgt kpd seseorng ini sbb die pernah tuduh ucuuu yg bukan2, dan bnde tuh yg jelas nye bukan KESALAHAN ucuuu..... itu yg wat sgt2 MARAH...xpernah2 rsew kemarahan seperti itu... hngga kn ucuu pernah mngatakan dgn diri sndiri,

"X NK DA ADE APE2 IKATAN DGN DIE LG DA" dan "X NK TEGUR DIE LAGI DA!!AKU BENCI KAU,AKU BENCI KAU!!!!!!"

erm..smpai mcm tuh skali kemarahan yg meluap2 dlm diri ucuuu pd ketika itu....tp bilew ucuuu pikir2 semula, "erm...ape gne aku marah ngan die???esok2 aku nk xnk,kene gak ckp dgn die,mmg xleh kalo xckp..." itulah jwpn nye,bile ucuu trpkir blek,ucuuu pon segera mngambil wuduk... mmg BENAR... MUJARAB taw UBAT ni... TERUS hilang rsew mara ucuu pd die tuh... Alhamdulillah.....jadik, wahai sahabat2 sekalian... mmg lumrah manusia la....kiter mmg xboleh lari dr perasaan MARAH ni,tp prcya lah,untuk REDA kn nye kiter pasti boleh lakukan... jgn biarkan tipu helah SYAITAN ni mnguasai diri anda smue slme2 nye taw....!!...:)...


Friday, July 2, 2010

“Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!”

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..
Jawapan Untuk Statement,
“Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!”

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu k
erosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan??
Anda mahu lawan Tuhan?


6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

Sumber dari,
&

Thursday, July 1, 2010

lOVE StorY yg xpernah dgr SBLM ni..:)

Bismillahirrahmannirrahim..

haahaa..lawak la kak syu ni...bukan setakat kak syu je yg trgelak2, ina pon ni ha,gelak..
berguling je ni ha bile bce blek result nye..huhu.. ade2 je kak syu ni taw...hehee..
anywy suke sgt la cite yg merepek ni,sbb boleh kasih riang2 hati yg tgah sedeyh2 kn..hehehe.... ini smue gara2 terpedaya dgn OMOngan kak syu la ni dgn kata2 nye yg sebegini,


hihihi.....kak syu bce la result ina ni kak syu...lawak giler...sbb ina wktu isi soalan2 nye pon ina merepek2 je jawab..hahaha.....
so,ni la hasil nye,

One "haha" summer day at "bloom3" you see the most haha creature you have ever seen. Their name is "pa pe je" , and every move he makes just turns you on more and more. You nudge your best friend "soso" and say, "Wow, that has to be the most "borrink" body I have ever seen." Suddenly, he looks in your direction and starts walking right towards you!!! he says, "I noticed you staring at me from over there. I just had to tell you, that I think you are so "bla..bla" , and was wondering if you'd like to go to "penat la.." with me and "ngntok..tido ?"" With a stupid smile on your face you say, " aiyo..."bap byk niyh?? "" and go with them. When you finally get to penat la.. , he moves closer to you, and gives you the biggest kiss ever. The two of you are passionately kissing, when you feel a "NOUN????" hit you on the back of the head. You open your eyes to find out it's all a dream, but there is a note left next to your bed.

It reads: " pa pe je" is the love you've been waiting your whole life for. he will ask you out in "1 la kot..." days or less, but only if you send this e-mail to at least 10 people within the next few minutes. The more people you send it to, the sooner they will ask you out, and you both fall in love. Do not take this lightly, because if you simply ignore this, you will have bad luck in love for the next 1 la kot... years!"

aDoi...ni LOVE STORY yg plg lawak ucuuu penah dgr dan baca..hikhikhik....
ayat yg wat ucuu brguling ayat ni la,

"Wow, that has to be the most "borrink" body I have ever seen."

hahahaa.....bORRINK body??sgt geli hati ucuu mmbaca nye..ehhee..:)...thnks a lot to kak syu la sbb da bg ucuu riang2 gmbire pd mlm ini..hehee^_^...


^_^