Assalamualaikum..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Seiring kutitipkan doa
agar kita semua sentiasa
berada di bawah payungan
rahmat dan HidayahNya
Yang Maha Esa,
Dalam kekalutan dunia
pada ketika ini..Daku
amat berharap agar Allah
sudi mengampunkan dosa
kita semua..
..dalam keadaan
manusia tidak lagi
takut kepada Tuhannya..
..dalam keadaan
manusia tidak lagi
dapat membezakan
antara yang hak dan
yang batil..
..dan dalam keadaan
manusia tidak lagi
dapat membezakan
yang mana pahala dan
yang mana dosa..
Moga-moga doa
yang selalu kita
pohon dimakbulkan
olehNya..
Walaupun dalam
kehidupan seharian kita
kadang kala kita
lupa kepadaNya..
..dan kadang
kala kita ingat
kepadaNya..
..tapi yang pasti
terlalu banyak
masa kita habiskan
bukan untukNya..
Buat Permata Islam..
yang sudah tentu
dikasihi Allah dan
dirindui Nabi..
Sesungguhnya Islam
itu bukan sekadar agama..
tetapi ia adalah
cara hidup kita..
Sama ada cara kita
berpakaian..bertutur..belajar..bekerja..
atau dengan perkataan yang lebih mudah..
bermula kehidupan kita
daripada bangun tidur
sehingga kita tidur kembali..
Semuanya Allah telah
gariskan untuk kita..Hatta
sebelum kita lahir sehinggalah
kita ditempatkan di dalam liang lahad..
Islam juga telah mengajar caranya..
..sering kali kita
mendengar sabda
Rasulullah S.A.W
yang bermaksud..
"Islam itu tinggi,
Tiada yang tinggi selainnya"
..tapi sayang sama sekali..
kita yang merendah-rendahkannya..
kita menjauhkan diri daripadanya..
bahkan kita malu apabila
Islam itu menjadi identiti kita..
..kita lalai dengan kehidupan kita..
sehingga kita menyangka
dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita..
sehingga kita lupa Allah S.W.T,
Tuhan Yang Maha Esa
sedang memerhatikan kita..
Kita tahu adanya Allah tapi kita melanggari perintahNya..
sombongnya kita kerana kita lupa kepada
Pemberi segala nikmat
sehingga kita menjadi
orang yang kufur kepadaNya..
..kita tahu benarnya Al-Quran
tapi kita tidak mengambil
pengajaran daripadanya..
..kita juga tahu adanya dosa dan pahala..
bahkan kita juga tahu adanya
Syurga dan Neraka..
..tapi kita masih
tidak mempedulikan
perintah Allah S.W.T
Yang Maha Kuasa..
Buat Mutiara Islam..
Yang InsyaAllah
akan terus bergemerlapan di Bumi Allah.
Prof. Hamka pernah berkata..
"Kita boleh menghitung usia kita
yang telah kita gunakan..
tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita
yang masih tinggal"
Persoalannya..bagaimana persediaan kita
apabila usia yang terkandung di dalam jasad kita
sudah habis digunakan..
Masihkah dikau ingat
akan Firman Allah S.W.T
dalam Hadith QudsiNya yang bermaksud..
Daripada Abu Hurairah r.a..
Aku sesuai dengan dugaan
HambaKu kepadaKu..
Dan Aku bersama dengannya..
..ketika dia ingat kepadaKu..
Jika dia ingat kepadaKu didalam hatinya..
Aku akan meningatinya didalam hatiKu
Dan jika dia ingat kepadaKu..
..dalam lingkungan khalayak ramai..
..nescaya Aku juga akan meningatinya..
dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik
Dan jika dia mendekatiKu sejengkal..
Aku pun akan mendekatinya sehasta..
Dan jika die mendekatiKu sehasta..
..nescaya Aku akan mendekatinya sedepa..
Dan jika dia datang kepadaKu berjalan..
..maka Aku mendatanginya dengan berlari..
Hadith Riwayat Syaikhani dan Tarmidzi
Walaupun sebesar Bukit Uhud
sekalipun dosa yang kita lakukan..
sesungguhnya Allah S.W.T
masih mengampunkan dosa kita
Oleh itu, kembalilah kepadaNya..
andaikata hidup ini telah jauh
dari landasan yang ditentukan
olehNya
Sesungguhnya kasih sayang Allah
membatasi kasih sayang
seluruh makhlukNya
Setakai ini
sahaja dahulu nukilanku buatmu..
ku mohon jutaan kemaafan
andaikata bicaraku sebentar tadi
mengguris hatimu. Tetapi
sesungguhnya daku tidak sekali-
kali bermaksud untuk melukaimu..
Semoga dirahmati Allah selalu..
Bertemu lagi..kalau
tidak di dunia..
InsyaAllah di Taman Syurga nanti..
Wassalam..
di petik dari,
http://www.youtube.com/watch?v=qILe2PQzq04
No comments:
Post a Comment