Monday, February 22, 2010

Katanya Kau Seorang Pejuang..

katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga?
katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah?

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu?
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension?

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA?
katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari?

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah?
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha?

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad?
katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam?

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya?
katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan?

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat?
katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya?

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?
katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah?

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah?
katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah?

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir?
katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah?

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk?
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat?

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu?
katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat?

katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu?
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain?

katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh?
katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah?

katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih?
katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat?

katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat?
katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan?

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi?
katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya?

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang?
katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia?

katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu?
katanya kau seorang pejuang...

hidup beerti dengan memberi.

No comments: