Monday, July 9, 2012

♥~buat si dia~♥

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Wbt..
Warkah ini ditulis khas buat bakal suamiku..

Akhi,
Andai ditakdirkan KEMATIAN menjemputku sebelum sempat kita menggapai nikmat kebahagiaan dan kemanisan bercinta selepas diijab kabulkan oleh waliku,
kau REDHA lah dengan ketentuanNya ini..
Sesungguhnya, aku mengerti akan isi hatimu yang menginginkan kehidupan berumah tangga bersama seorang wanita yang bergelar isteri kepadamu..

Mungkin ada insan lebih layak dan baik dariku telah Allah kirimkan untukmu menjadi permaisuri dihatimu itu untuk menemanimu di dunia ini..
Jangan engkau tangisi pemergianku ini dengan suatu perasaan yang sukar untuk kau terima pemergianku in kerana ia hanya akan membuat dirimu seolah-olah tidak redha akan pemergianku ini..ia juga hanya akan memberi bebanan dalam perjalanan diriku ini di alam sana..

Akhi,
hanya satu ku pinta darimu,
andai benar kau mengasihiku,
kau sedekahkanlah Al-Fatihah dan Yassin buat pemudah jalan untukku lalui di sana..

Aku bersyukur di saat aku menulis warkah ini, aku masih sempat untuk luahkan isi hati ini walaupun ini adalah kali pertama dan mungkin juga kali terakhir aku diberi peluang ini..
kau seorang lelaki yang baik, aku yakin Allah pasti akan menemukan dirimu dengan seorang wanita yang baik..

Akhi,
Aku pohon darimu, jangan kau menolak insan lain kerana terlalu sedih dengan pemergianku ini..
Percayalah, engkau dan aku akan dipertemukan jua di sana andai kau jodohku di Syurga kelak..
Dalam setiap bingkisan doa'ku, aku sering berdoa' kepada yang Esa, supaya Dia menjodohi dan panjangkan jodoh ku bersamamu.. andai tidak di dunia ini, pertemukanlah kami di SyurgaNya..
Seperti mana Dia mencipta Adam dan Hawa bertemu di SyurgaNya yang indah.. Ini juga yang ku harapkan, moga Dia pertemukan kita berdua jua di sana..

dan Akhi,
andai kematian menjemputku setelah aku menikahimu, aku mohon kepadamu supaya tidak mengabaikan diriku.. didiklah aku untuk menjadi seorang muslimah yang beriman dan bertaqwa kepada Allah,
bimbinglah aku menjadi seorang isteri yang solehah kepada mu,
bantulah aku untuk menjadi seorang ibu yang penyayang kepada anak-anakmu.. dan
bawalah aku bersamamu di SyurgaNya..

Akhir kalam dari bakal isterimu, aku mohon seribu kemaafan andai permintaanku ini terlalu berat untuk kau laksanakan.. Andai kau tidak punyai kudrat dalam menyempurnakan permintaanku ini, maka aku mohon supaya kau abaikan sahaja permintaanku ini..

Waallahualam..
Semoga kita kan bertemu di SyurgaNya yang abadi kelak.. InsyaAllah..

_Salam perkenalan dari bakal isterimu_

No comments: