Sunday, September 23, 2012

♥Puisi indah buat Nur Shakila Rosli♥


Bismillahhirrahmannirrahim....

Alhamdulillah dengan segala nikmat yang telah Allah berikan ini, ada juga kelapangan masa dan waktu Allah pinjamkan sedikit ilmu kreatif dalam merangka kata-kata indah  buat sahabat baik Ucuuu.. 


Al-Kisah,
Nur Shakila Rosli namanya diberi..
Lahirnya di dunia ini tanggal 18 Januari..
Anak kedua dalam keluarga yang berseri..
Mempunyai Ibu & Ayah yang sangat disayangi..

Menetap di Alor Setar negeri Kedah..
Citanya dalam diri untuk menjadi wanita mujahidah..
Moga Allah permudahkan apa yang dipinta..
Kerana hampir membuahkan hasil dengan usaha..

Awan berarak mendung mendatang..
Selamat berjuang di negara orang..
Terus dan istiqamah dalam jalan juang..
Jangan sesekali biarkan Syaitan memasuki ruang..

Sekadar bicara kecil-kecilan..
Hanya ini yang mampu berikan..
Puisi indah ku ciptakan..
Kepada sahabat yang ku kasihkan..

Berjumpa kita buat kali ini..
Adalah untuk melepaskan rindu sesama diri..
Ingat ALLAH dan RASUL dalam diri..
Nescaya kau akan sentiasa dilindungi..

Segala kenangan tidak akan dilupa..
Akan ku semat dalam jiwa..
Segala 'rahsia' dikongsi bersama..
Terima Kasih kerana menjadi kaunselor saya..^_^
hehehe...

Tamatlah sudah puisi ku ini..
Mata pun sudah terkedip-kedip ni..
Maaf ku pinta andai tersalah selama ini..
Moga hubungan ini sentiasa diredhai..

Sahabat adalah anugerah terindah daripada Allah kepada kita..
Sahabat mampu membuat diri ini tersenyum..
Sahabat sering menghulurkan bantuan walau apa jua masalah sedang dihidapi..
Sahabat akan menemani kita tidak kira dalam suka & duka..
Sahabat kawan seiman, satu jalan dalam kenangan,tak pernah lepas dari ingatan, Kerana ALLAH jadi tujuan kita..
Tidak dapat ku balas segala kebaikanmu sepanjang perkenalan kita ini melainkan hanya Doa' mampu ku kirimkan buat dirimu..
Semoga kau diberi kebahagiaan dan semoga Allah memperutuhkan hubungan persahabatan ini hingga ke JannahNya..

Ukhwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)ʹ_Imam Hasan Al-Banna_

Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)

_Ucuuu Solehah_

           
          


Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."


    

1 comment:

Arina Shamsul said...

mesti si dia tersenyum bahagia bila membaca puisi ini dik :)

salam perkenalan :)

kak follow sini :)