Thursday, March 22, 2012

kEmaTiAn seMAkin HampiR, suDah berSiap sediAkAh KiTa?

 ______________________
Bismillahhirrahmannirrahim....
Bagaimana IMAN kita hari ini??
Bersediakah kita untuk menghadapi KEMATIAN?
kematian yang sudah tertulis pada suratan takdir kehidupan ini..
Tapi.. hanya Allah sahaja yang tahu bila ajal kita akan tiba,
yang PASTI ia akan tetap terjadi,
semua makhluk tidak dapat lari daripada ini...

Adakah kita sedar saat kematian itu semakin lama, semakin menghampiri kita??
Apabila setiap kali menyambut hari kelahiran kita, 
ingat kah kita tentang usia yang kian meningkat ini bakal menemui kematian??
Detik kematian itu semakin menghampiri kita tanpa sebarang Petanda atau Petunjuk diberikan kepada kita...
Pabila tiba detik ini, tiada seorang pun kan dapat melarikan diri..
Tidak takut kah kita dengan KEMATIAN??

Inilah HAKIKAT dan sesuatu yang sangat PASTI,
akan berlakunya KEMATIAN dalam diri setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi Allah ini..
Tidak kira lah mereka yang miskin, kaya, tua, muda, perdana menteri, ulama', raja, semua akan melaluinya..
KESAKITAN KEMATIAN yang dirasa tidak terkata sakitnya,
apabila dipisahkan ROH dari JASADnya..
Hanya amalan yang SOLEH/AH yang boleh redakan bebanan derita diambang KEMATIAN kita..
Jadi, pilihan sudah ada di tangan anda, hendak menjadi soleh/ah ataupun anda rasai lah KEMATIAN yang begitu dahsyat sekali..

Akhirnya.. terhentilah denyutan nadi dan nafas itu kerana ROH telah meninggalkan pergi kepada jasadnya untuk menghadap Ilahi.. Seterunya ROH nya lah yang akan dihitung dan dihisab oleh ALLAH AZZA WAJALLA..

FooTnOte: SAAT KEMATIAN itu pasti tiba, adakah kita sudah bersedia dengan amalan-amalan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak?? Sama-sama lah kita muhsabah diri kita..

 
Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."
____________________

_Ucuuu Solehah_

Wednesday, March 21, 2012

~tercipta untukku~

Bismillahhirrahmannirrahim....
 Istimewa kepada yang masih menanti-nanti, mencari-mencari,
dan yang masih sendiri,
InsyaAllah.. Bersabarlah dalam penantian,
kerana mungkin Allah ingin menguji tahap kesabaran kita..
Ingatlah, disebalik bersendiri ini pasti ada HIKMAH yang telah ditakdirkan oleh ALLAH..
Jodoh rahsia Allah, hanya Dia yang tahu siapa yang telah Dia tetapkan untuk kita..
Yakinlah hanya Dia yang tahu mana yang terbaik buat diri kita..:')

Walau masa tidak mampu untuk kita hentikan, bersabarlah dalam penantian..
Tidak semua penantian akan menjadi sia-sia jika ia disulamkan dengan doa kepada ALLAH..
Andai memang dia tercipta untukmu, 
yakinlah ALLAH pasti menunjukkan lorong yang mudah untuk dirimu dan dirinya lalui..
Meskipun andai dia bukan untukmu, 
nantilah dengan penuh kesabaran kerana jodohmu akan muncul jua suatu hari nanti..

Perjalanan kehidupan ini memang penuh dengan liku-liku,
Kadang-kadang perjalanan yang sukar itulah yang akan membawa seribu kemanisan,
dan perjalanan yang mudah itu tidak semesti semuanya akan manis..
Kita mencari dalam kehidupan hakikat diri yang sebenar,
Gunakanlah masa yang memang tidak akan berhenti ini dengan sebaik-baiknya untuk kita mencari Redha Allah S.W.T..
Yakinlah Allah sentiasa bersama dengan kita, dengan ganjaranNya di sana nanti,
InsyaAllah..

Jika kita mampu untuk bersabar,
Kita mampu jua untuk muhasabah diri kita semula..
Tanyalah pada diri kita,
Tarbiyyah la diri kita dan mari sama-sama kita memperbaiki diri kita yang sering melakukan dosa,
sama ada dalam sedar atau pun tidak..

Bersabarlah duhai hati,
Berdoalah pada yang Maha Berkuasa,
yang Maha Menentukan Segalanya,
Moga kita diperteguhkan IMAN dan TAQWA sehinggalah sampai 'Saat Lafaz Sakinah' diungkapkan oleh seorang lelaki yang bergelar SUAMI.

Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."
_Ucuuu Solehah_

Mari kita BERSATU wahai Umat Muhammad..

Bismillahhirrahmannirrahim....
Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah.. YA Allah.. Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Bangkitlah wahai Pemuda Pemudi Islam!!
Mari kita BERSATU wahai Umat Muhammad..
Janganlah kita bercerai berai wahai Umat Muhammad!!

Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah.. YA Allah.. Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Allah lah Yang Maha Besar..
Hanyalah padaMu kami berTawakal iaitu Berserah Diri Sepenuhnya kepadaMu..
Mari kita BERSATU wahai Umat Muhammad..
Jadikan kehidupan ini Tenang dan Damai..

Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah.. YA Allah.. Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Tunjukkanlah kami ke jalan yang Engkau Redhoi..
Jangan benarkan Harta, Pangkat, Kekayaan dunia ini menjadi penghalang daripada meningatiMu Ilahi..

Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah.. YA Allah.. Ya Allah.. Ya Tuhanku..
Ampunkanlah dosa kami..
Kuatkanlah Keimanan hambaMu ini, yang selalu ada dalam hati kami.. Semoga tidak terlepas lagi..
Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."
_Ucuuu Solehah_

~cUbA yAng tErbAiK~

Bismillahhirrahmannirrahim....
Assalamualaikum wbt..
Sahabat-sahabat Ucuuu, Syukran atas penantian yang terlalu lama agaknya..
Mulai dari hari ini, InsyaAllah, Ucuuu akan cuba 'istiqamah' untuk 'update' blog Ucuuuu yang terlalu lama Ucuuu tinggalkan ini. Alhamdulillah.. Setelah ujian yang agak berat Ucuuu lalui baru-baru ini telah menyuntik suatu 'SEMANGAT' baru dalam meneruskan Dakwah dalam penulisan. Ucuuu akan cuba yang TERBAIK bagi memenangi hati insan-insan yang selalu menjenguk blog Ucuuu ni..
Walaubagaimanapun, Ucuuu nak ucap ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua 'follower2' Ucuuu di sini.. Hanya satu yang Ucuuu harapkan, iaitu kita memperoleh ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk kita semua di sini..  InsyaAllah, Ucuuu sangat berlapang dada jika segala komen dan kritikan yang membina daripada semua dapat di beri untuk Ucuuu memperbaiki lagi gaya penulisan Ucuuu dari hari ke hari.. InsyaAllah.. Syukran Jazilan kepada yang menyokong.. Pastikan sahabat-sahabat semua menjenguk blog Ucuuu selalu ya..^_^...
Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."

Saturday, March 10, 2012

~Salam 1 AKIDAH, Salam 1 Perjuangan~

Berlalulah Pagi, Tengahari, Petang, dan Malam..
Rasa kesayuan tidak berkesudahan..
Matahari terbit, Bulan gerhana menyaksikan..
Setiap Saat, Detik, Waktu, dan Ketika..
Masa berlalu tiada berhenti..
Alangkah syahdunya rasa hati ini..

Terkenangkan kenangan-kenangan bersama sahabat-sahabat..
Terkenangkan tentang hakikat perjuangan yang penuh onak, duri dan cabaran..
Kita harungi kehidupan ini bersama-sama..
Alangkah indahnya saat itu ku rasakan..

Di dalam jiwa ini, terlalu berat rasanya untuk melangkah meniggalkan semua..
Kasih, Sayang, dan Cinta yang terbina, ia akan selamanya tersemat dihatiku ini..

Salam 1 Akidah, dan Salam 1 Perjuangan..
Bersihkan matlamat kita..
Sucikan niat kita dalam perjuangan menegakkan kalimah 'Lailahaillallah'..
Hidup MULIA, Mati Syahid itu yang kita kejarkan..

Salam perjuangan dan selamat berjuang wahai sahabat-sahabatku..
Semoga Allah memberkati kita dalam perjuangan ini..
Kenangan manis, pahit bersamamu, tidak akan ku biar ia berlalu..
BERJUANGLAH wahai sahabat-sahabatku hingga ke TITISAN DARAH TERAKHIR sekalipun!!
Dan Ingatlah 'IKRAR' dan 'JANJI' kita kepada ALLAH, RASULULLAH dan AGAMA ISLAM yang TERCINTA..

Jiwa dan Hati ini terlalu sayu dan sedih..
Apabila terkenangkan sengsara dan kesukaran dalam perjuangan..
Jiwa dan Hati ini merana dan meronta-ronta mengharapkan..
KEAMANAN, KEDAMAIAN, dan KETENANGAN..
Tetapi diri ini akur pada hakikat perjuangan bahawa 'SUKA dan DUKA' dalam perjuangan itu memang tidak akan lari..
Ia bagai 'Aur dan Tebing'..
Dalam perjuangan kita perlukan ketabahan, kekuatan, dan keteguhan hati yang sentiasa berlandaskan IMAN..

P/S: BERJUANGLAH wahai sahabat-sahabatku hingga ke TITISAN DARAH TERAKHIR sekalipun!!
Dan Ingatlah 'IKRAR' dan 'JANJI' kita kepada ALLAH, RASULULLAH dan AGAMA ISLAM yang TERCINTA..