Bismillahhirrahmannirrahim....
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
OBSESS??
apa yang kita faham apabila kita menyebut perkataan 'OBSESS'??
lazimnya pabila disebut 'obses', secara tidak langsungnya fikiran kita pasti tertumpu kepada manusia yg terlalu suka kan sesuatu barang atau pun menyukai sesama manusia itu secara berlebih-lebihan..
Perkataan OBSESS ini terlalu luas maksudnya..
Ada OBSESS yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita.. Tapi ada juga OBSESS yang mendatangkan keburukan kepada kita..
Tidak salah untuk kita OBSESS akan sesuatu perkara, yang penting kita bijak dalam mengawal kata nafsu kita..
Contohnya, andai kita OBSESS kepada kereta yang kita idam-idam kan selama ini, kita perlulah bijak dalam mengawal nafsu OBSESS kita.. Ye la, andai ditakdirkan oleh ALLAH yang kita akan mendapatkan nya suatu masa nanti, oleh kerana terlalu OBSESS kan kereta tersebut, menyebabkan kita terlalu gembira dan melupakan tanggungjawab kita yang lain. Anak-anak terabai, isteri tidak dihiraukan, dan macam-macam lagi.. ini dari sudut NEGATIF nya..
Tapi apa pula dari sudut POSITIF nya pula ya??
Ada ke OBSESS yang boleh beri kebahagiaan dan ketenangan dalam jiwa dan hati kita ni?
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Ya..Jawapannya mestilah ada.. ^_^.. InsyaAllah...
Ucuuu terSANGAT lah yakin dengan apa yang Ucuuu rasa ini..
Sesuai dengan tajuk yang Ucuuu letak di 'entry' Ucuuu di atas..
Ucuuu nak mengajak kepada sahabat-sahabat dan teman-teman Ucuuu semua, "JOM lah kita 'OBSESS' dengan AL-QUR'AN".. ^_^..
Mari kita mulai daripada hari ini, kita tanamkan dalam jiwa dan hati kita, aku tidak boleh hidup tanpa Al-Qur'an..
Alhamdulillah, Ucuuu merasa kagum dengan kak Wardina Safiyyah, kehidupannya yang dulu sebelum berhijrah banyak mengajar beliau dalam memperbaiki kekurangan-kekurangan yang ada dalam diri beliau..
Yang paling Ucuuu kagum, beliau sentiasa membawa Tafsiran Al-Quran bersama walau kemana jua pun beliau pergi.. Rasa diri ini pun banyak lagi kekurangannya.. InsyaAllah, selepas dengar ceramah motivasi daripada kak Wardina Safiyyah, memang Ucuuu dah berazam akan bawa kemana sahaja Tafsir Al-Quran Ucuuu yang comel tu kemana sahaja Ucuuu berada, InsyaAllah.. :)
Betul kata kak Wardina, Muslimah yang solehah itu akan nampak lebih cantik apabila dia sentiasa berpegang kepada Al-Qur'an dan Sunnah... Didadanya dan di bibirnya sentiasa penuh dengan kalam-kalam suci ALLAH yang terdapat di dalam Al-Quran.. Bukan niat untuk menunjuk tetapi untuk sentiasa mengingatkan diri kita dengan panduan-panduan yang telah ALLAH beri kepada kita melalui Al-Quran... InsyaAllah..^_^
Antara fadhilat-fadhilat yang kita perolehi daripada Al-Quran ialah,
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran"
Riwayat dari Utsman ibn Affan r.a. berkata : Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarnya."
Al-Hakim mengikhraj dari Ibnu Mas'ud:
"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran) maka baginya pahala satu HASANAH (satu kebajikan) dan satu HASANAH itu berganda sepuluh. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIN adalah satu huruf, melainkan ALIF satu huruf, LAAAM satu huruf dan MIIIN satu huruf."
Orang yang sering membaca Al-Qur'an semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapa kita..
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Bukan itu sahaja, ALLAH S.W.T juga berfirman dalam Surah Al-Maidah : Ayat 14 & 15 :
"Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus."
Firman Allah S.W.T lagi:
Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa. (Surah Al-Baqarah: 2)
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
AL-QUR'AN ini penawar jiwa.. Al-Qur'an juga adalah penawar segala penyakit dalam hati dan dada kita..
Di dalam surah Al-Israa', ayat 82, Allah S.W.T berfirman:
"Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Qur'an ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya".
Dan di dalam surah Fussilat ayat 44 pula, Allah S.W.T berfirman:
"Katakanlah, Al-Qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman".
Jadi, sekali lagi Ucuuu sarankan marilah kita bersama-sama mengejar CITA-CITA untuk menjadi muslimah solehah yang sentiasa di dalam jiwa dan hatinya terkandung ayat-ayat suci Al-Quran..
♥jom 'OBSESS' kepada Al-Qur'an♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."