Tuesday, August 23, 2011

~IBU~dalam kenangan, Nuzul Al-Quran, 17 Ramadan 1432 H, 17 Ogos 2011..

  
Bismillahhirrahmannirrahim....

Ibu....Air matakuku menitis apabila mengenangkan penderitaanmu ketika engkau merintih sakit di hadapanku...
Ibu...Air mataku bergenang apabila terkenangkn dikau kerna kau adalah insan yg tlg mngandung dan melahirkan diriku..
Ibu...Jasamu membesarkan kami kesembilan anakmu tidak sesekali daku lupakan sehingga akhir hayatku..
Ibu...kau tidak pernah jemu walaupun pelbagai kepayahan kau tempuhi semasa membesarkan kami...
Ibu...kau sering beriku sinar harapan tika daku dalam kegelapan utk meneruskan kehidupan di dunia ini..
Ibu...kau banyak bersabar selama ini dengan kerenah dan ragam anak2mu..
Ibu...kau dilahirkan dimuka bumi yg indah ini pada 8 Oktober 1956, Usiamu hampir menjangkau 55 tahun hanya beberapa bulan sahaja lagi,tp Allah lebih berhak keatas dirimu Ibu....Kerana dirimu & diriku adalah hak milik mutlak Nya...
Ibu...Betapa sedih dan ku tangisi apabila azan Maghrib berkumandang kau menghembuskan nafas terakhir pada hari ke-17 Ramadan... Jauh dari lubuk hati, aku masih memerlukan dirimu wahai Ibu yg amat ku cintai tp apa kan daya, Allah lebih mngetahui apa yg TERBAIK buat dirimu wahai Ibuku..
Ibu...semua adik beradik, keluarga, sahabat2, rakan2, semua mendoakan kesejahteraan Ibu di sana Ibu...mereka banyak beri sokongan dan semangat kpd anakanda mu ini wahai Ibuku....
Ibu...Alhamdulillah aku ucapkan pd ALLAH swt..kerana Ibu diambil Nya semula ketika azan maghrib juga pada hari Nuzul Al-Quran, dan pada Bulan Ramadan dimana bulan ini adalah bulan yg penuh RAHMAT ALLAH...T_T.... SubhanaAllah..sesungguhnya aku lihat semasa Ibu menghembuskan nafas terakhir, aku lihat ada air mata mengalir dimatamu,bibirmu kering,sesungguhnya ini juga adalah antara tanda2 orang yang meninggal yang mendapat Husnul Khatimah..Amin Ya Rabbal Alamin..

Ibu....Doaku pagi,siang,petang,malam,tengah malam,dan pada bila2 masa adalah hanya ingin dirimu diampunkan Dosa oleh Allah,Moga Rohmu dirahmati oleh Allah, Moga Rohmu menjadi penghuni Syurga Firdausi Allah, Moga rohmu sentiasa bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh...

Ibu..Ampuni dosaku....
Ibu...Ibu...Ibu.......

Ya Allah... Moga kau ampuni segala dosa Ibu, Ya Allah...
Moga Engkau rahmatinya Ya Allah...Moga Ibu ditempatkan bersama para solehin...
amin ya rabbal alamin.....
Nurkilan,
Nur Sakinah Binti Abdullah..

7 comments:

resmee_padi94 said...

sabar ea kak ... setiap yg hidup pasti prgi ... juz ta taw ble ... sesungguhnya allah sentiasa bersama dengan org2 yg sabar

MAYA_mustwany said...

sabar sakinah..
perginya bulan dan hari yang baik..
semoga roh mak sakinah dicucurahi rahmat dan ditempatkan digolongan orang beriman.

nazirafarahinomar said...

Sakinah, aku mintak maaf lambat tau mak kau meninggal. kalau tau, dapat ziarah sekali. :( sangat terkilan. Sakinah, kuat tau & aku tau, walaupun aku tak pesan, ko mesti kuat! sebab kau wanita solehah. insyaallah, dia bersama yang beriman. amin.

sayang kau.

**fitri ain** said...

ina kuat ye. jgn sedih..

Azmi Agsa said...
This comment has been removed by the author.
lukmanul hakim said...
This comment has been removed by the author.
lukmanul hakim said...

setiap yg hidup pasti akan pergi jua.sesungguhnya tidak ada apa yg dapat dibawa didalam kubur dan hari akhirat kelak melaiankan 3 perkara selain drpd amalan2 semasa kita hidup.3perkara itu ialah doa anak yg soleh,ilmu yg bermanfaat,sedekah jariah.sebagai anak,kita bukan sahaja wajib berdoa utk ibu bapa kita malah kita haruslah menjadi anak yg soleh taat dan patuh pd perintah Allah.barulah doa kita dikira sebagai doa anak yg soleh.nasihat bersama semasa masih bernyawa.salam takziah.semoga kuat.MUSLIMAT POWER....(^^,)