Tuesday, November 8, 2011

INGATAN KEPADA IBU....2 Bulan 20 Hari ibu telah meninggal kan kami sekeluarga

Bismillahhirrahmannirrahim....
  
 
Ibu..
Tiap hari ku sendiri,Tiada kau menemani,Kesunyian ini ku terasa..
Ibu..
Izinkn ku mengingati,Saat indah bersamamu,  
saat gelak ketawa kita bersama,saat sedih,
Semoga hilanglah kesepian.. 
 
Ibu..
Cahaya di matamu, 
Menyinari hati ini, 
Manis senyummu nan terukir di bibir,
hilang segala Resah dan gelisah.. 
 
Ibu..
Walau dunia kita jauh terpisah berbeza..
Segalanya Engkau tetap dihatiku.. 
bersama cinta yang SATU,
Cinta yang kekal HAKIKI selamanya.. 
 
Ibu..
Andai kau masih ada di sisi, 
akan ku beri sepenuh perhatianku hanya kepada mu seorang... 
Namun aku tak berdaya, 
ALLAH lebih berkuasa dan Maha Mengetahui,
dan Dia yg tlh menentukan segalanya.. 
Moga kita kan bertemu di dalam syurga, 
wahai Ibuku, Rokiah Bt.Md Yasin..T_T...
[Al-Fatihah kepada arwah Ibu,semoga Allah memberi rahmatNya kpd mu]

Saturday, October 15, 2011

~Tudung Labuh Hipokrit~

Bismillahhirrahmannirrahim....

Assalamualaikum . .
"Tudung Labuh Hipokrit?..."
Kenapa ramai wanita2 diluar sana suka mengeluarkan persoalan ini hanya kerana dia tidak mahu bertudung??
Nasihat ucuuu,jika tidak mahu berudung,biarlah anda seorang sahaja yang buat perkara tu,jangan pulak cuba mempengaruhi fikiran sahabat2 kita yang lain pula,kesian mereka.... Kalau kita tak sayang diri sendiri pun,tapi sayang lah orang2 disekeliling kamu tu,ibu kamu, adik2 perempuan kamu,saudara2 perempuan kamu, rakan2 kamu... kesian mereka...

Teringat pula ucuuu dengan status FB seorang sahabat ni,
"Berita GEMBIRA kpada para muslimat yg X SUKA BERTUDUNG..!Bahawasanya Islam TIDAK MEWAJIBKAN pun anda utk bertudung.. tapi Islam mewajibkan kita SEMUA untuk MENUTUP AURAT.. xkesahlah nak pakai LANGSIR ke, KAIN BATIK ke, SELIMUT ke, CADAR ke, KARPET atau TUDUNG SAJI sekalipun.. Ikutla atas kreativiti masing2.. (^^,) Islam itu mudah lg indah, janganlah kita menyukarkannya.."...

ha,jadi apa tunggu lagi, wanita yang tidak suka bertudung,cuba la 'try' sekali pakai langsir ke,kain batik ke...nak ke pakai macam tu?? mesti tak nak kan?sebab apa??  
sebab MALU... MALU dengan siapa?? MALU la dengan orang sekeliling,nanti kena kutuk dengan masyarakat... Ermm,macam mana pula MALU kita dengan ALLAH kan??? Sepatutnya kita kena MALU dengan ALLAH sebab kita tak ikut perintah Dia... Betul tak??
Tahu pula kita ni nak MALU dengan manusia kan, kira nya ada juga la perasaan MALU tu dalam diri kan.... Alhamdulillah,bersyukur lah pada Allah sebab ALLAH lah yang kurniakan perasaan MALU tuh dalam diri kamu wahai kaum hawa yang amat ku sayangi....Jadi buktikan lah rasa kesyukuran kamu tuh dengan meninggalkan segala larangan Allah S.W.T... Bukan susah pon kita nak menutup aurat ni, mudah je... Hanya bertindak mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah je.. tak susah pon.. senang je..^_^,jom SENYUM...

 Ingat tau sahabat2, Menutup Aurat tu WAJIB.. Dalam dunia ni sudah pon ada jalan yg paling mudah Allah dah beri kepada kita iaitu dengan BERTUDUNG....Cuma hendak tidak hendak je seseorang individu itu..
Ingat,jika kamu bertudung,kamu yang dapat pahala sebab kamu dah lakukan tanggungjawab kamu sebagai kaum Hawa yang Allah redhai sebab kamu dah lakukan KEWAJIPAN yang telah Allah tetapkan kepada kaum Hawa...Kalo kamu tak pakai tudung,kamu TAYANG rambut kamu untuk dlihat oleh lelaki bukan MAHRAM kamu,kamu sendiri lah yang tanggung dosa tu.. Memang kamu seorang yang tanggung,sebab kamu yang buat,tapi ucuuu ni nak la kita masuk sama2 ke dalam SYURGA yang indah tu....:) 

Aurat wajib ditutup dan haram membukanya bagi setiap orang dewasa lelaki dan perempuan, kerana mendedah aurat boleh membawa kepada fitnah yang besar. Firman Allah di dalam Surah An-Nur ; Ayat : 31, yang bermaksud ::

“ Katakanlah ( olehmu wahai Muhammad ) kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukan pandangan dan menjaga kehormatan diri mereka dan jagan memperlihatkan perhiasan mereka, kecuali apa yang jelas daripada mereka dan hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke bawah paras dada dan jangan memeperlihatkan perhiasan kecuali kepada suami, bapa mereka, bapa mertua mereka atau anak mereka dan anak tiri mereka, saudara lelaki dan anak saudara lelaki, saudara perempuan dan hambanya dan di antara orang lelaki yang dikasi atau tidak ada syahwat kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita dan janganlah berjalan menghentak kaki sehingga orang dengar perhiasan yang ada padanya. Bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang2 yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan. ”


 ISLAM menyuruh wanita memakai tudung dan melabuhkan tudung hingga menutupi dada.. Sebab apa??
Mesti la banyak sebab nya... Setiap yang Allah perintahkan, mesti ada HIKMAHNYA.. Percaya lah... Cuma kadang2, kita ni manusia ni, tak perasan dan tak tahu apa HIKMAH yang Allah beri kepada kita.. sebab apa kita tak perasan?? sebab kita sering lalai daripada ingat Dia.. Tapi kalau tiap2 masa kita sering mengingati Dia, InsyaAllah Hidayah tuh akan ALLAH beri kepada kita....Jangan risau lah,Allah tu Maha Adil, Dia akan beri kepada semua HambaNya Nikmat Hidayah tu.... Cuma kita ni je perlu YAKIN kepadaNya.. macam kita yakin pada diri kita sendiri kalau nak lakukan sesuatu perkara kan.. macam tu juga la kita perlu pupuk KEYAKINAN kita kepada Allah S.W.T...^_^...

Ramai wanita diluar sana sering juga membuat persoalan tentang 'PERANGAI' seseorang tu... Sebenarnya, PERANGAI tu biarlah seseorang individu itu yang tentukan,dia nak jadi baik atau pon jahat ke.... Tapi nak ingatkan lagi, yg MENUTUP AURAT itu adalah WAJIB... kalau kita MENUTUP AURAT kita yang dapat pahala, tapi kalau kita tidak buat, DOSA lah dapatnya.. setuju tak? nak ke dapat dosa??mesti tak nak kan?? Jadi,JOM la kita menutup aurat sama2 k..^_^.. SENYUM LAH LAGI, JOM....

Sebenarnya tak payah lah kita keluarkan persoalan ini kepada semua orang tentang perempuan bertudung tak semestinya semua baik, sepatutnya kita tanya diri kita ni, "AKU NI DAH LA TIDAK BERTUDUNG,TAPI MENGUTUK PULA LAGI WANITA YANG BERTUDUNG TUH??... APA YANG AKU DAPAT??HANYALAH DOSA, SATU PAHALA PON AKU TAK DAPAT".... sepatutnya kenyataan seperti ini lah yang patut ada dalam diri kita, bukan nya kita mempersoalkan lagi persoalan yang sama macam seolah2 kita ni tak nak langsung MENUTUP AURAT dan kita seolah2 seperti menolak Hukum yang telah Allah perintahkan kepada kita.... Nauzubillah....
.
Kita kena ingat, kita ni Hamba Allah.. Kena ingat, ALLAH yang jadikan kita didunia ini.. Jika bukan kerana ALLAH yang telah takdirkan kita lahir di dunia ini, kita tidak akan merasai NIKMAT yang kita miliki sekarang ini... Ingatlah, semua NIKMAT yang ALLAH beri kepada kita sekarang ni,hanya lah satu PINJAMAN ALLAH kepada hambaNya buat sementara waktu sahaja.... sebab di dunia ni tiada yang kekal Abadi,yang kekal abadi hanya lah ALLAH S.W.T dan kehidupan kita di akhirat kelak.. Sebab itulah,ALLAH jadikan manusia ni untuk 'mengabdikan' diri kepadaNya...untuk beribadat kepada Nya.... Untuk melakukan Amal Ma'ruf Nahi Mungkar...Semua ni lah BEKALAN kita nak menuju ke SYURGA yang indah...^_^..

Sebab tu lah, Kepada wanita-wanita yang bertudungpon, jagalah akhlakmu, pelihara agamamu, janganlah mendatangkan fitnah pada diri dan agama. Jika bertudung, tutuplah AURATmu itu selaras dengan apa yang dituntut dalam Islam. Bertudung tapi baju ketat, berlengan pendek, seluar ketat. Kenapa mesti berpakaian seperti ini?? Kamu sendiri yang timbulkan fitnah itu pada diri kamu.. Kamu pandai marah bila ada orang mengata kamu,tapi kamus endiri yang tidak tunjukkan contoh yang baik kepada wanita2 di luar sana... INGAT lah,Apa motif bertudung itu jika yang lain ditayangkan dengan rela? Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Ingatlah bahawa azab Allah itu amatlah pedih sekali.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

(al-Ahzab : 33 : 59)


Sekadar perkongsian kepada teman2.... Dan menggunakan jalan ini untuk Amal Ma'ruf Nahi Mungkar..
mari kita sama2 mencari keredhoaan Allah S.W.T... Senyum lagi..^_^,, JOM...
Waallahualam....

Friday, September 9, 2011

Zulfan_Ibu

Sejenak hatiku mula tersungkur,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.

Biarpun anakmu jauh di mata.
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu, tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.

Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.

Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.

Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.
 Ucuuu with her BELOVED mom...
Doa': Moga Arwah ibuku di tempatkan bersama dengan orang yg beriman dan beramal solehah dan sentiasa dirahmati Allah.. Amin..

Tuesday, August 23, 2011

~IBU~dalam kenangan, Nuzul Al-Quran, 17 Ramadan 1432 H, 17 Ogos 2011..

  
Bismillahhirrahmannirrahim....

Ibu....Air matakuku menitis apabila mengenangkan penderitaanmu ketika engkau merintih sakit di hadapanku...
Ibu...Air mataku bergenang apabila terkenangkn dikau kerna kau adalah insan yg tlg mngandung dan melahirkan diriku..
Ibu...Jasamu membesarkan kami kesembilan anakmu tidak sesekali daku lupakan sehingga akhir hayatku..
Ibu...kau tidak pernah jemu walaupun pelbagai kepayahan kau tempuhi semasa membesarkan kami...
Ibu...kau sering beriku sinar harapan tika daku dalam kegelapan utk meneruskan kehidupan di dunia ini..
Ibu...kau banyak bersabar selama ini dengan kerenah dan ragam anak2mu..
Ibu...kau dilahirkan dimuka bumi yg indah ini pada 8 Oktober 1956, Usiamu hampir menjangkau 55 tahun hanya beberapa bulan sahaja lagi,tp Allah lebih berhak keatas dirimu Ibu....Kerana dirimu & diriku adalah hak milik mutlak Nya...
Ibu...Betapa sedih dan ku tangisi apabila azan Maghrib berkumandang kau menghembuskan nafas terakhir pada hari ke-17 Ramadan... Jauh dari lubuk hati, aku masih memerlukan dirimu wahai Ibu yg amat ku cintai tp apa kan daya, Allah lebih mngetahui apa yg TERBAIK buat dirimu wahai Ibuku..
Ibu...semua adik beradik, keluarga, sahabat2, rakan2, semua mendoakan kesejahteraan Ibu di sana Ibu...mereka banyak beri sokongan dan semangat kpd anakanda mu ini wahai Ibuku....
Ibu...Alhamdulillah aku ucapkan pd ALLAH swt..kerana Ibu diambil Nya semula ketika azan maghrib juga pada hari Nuzul Al-Quran, dan pada Bulan Ramadan dimana bulan ini adalah bulan yg penuh RAHMAT ALLAH...T_T.... SubhanaAllah..sesungguhnya aku lihat semasa Ibu menghembuskan nafas terakhir, aku lihat ada air mata mengalir dimatamu,bibirmu kering,sesungguhnya ini juga adalah antara tanda2 orang yang meninggal yang mendapat Husnul Khatimah..Amin Ya Rabbal Alamin..

Ibu....Doaku pagi,siang,petang,malam,tengah malam,dan pada bila2 masa adalah hanya ingin dirimu diampunkan Dosa oleh Allah,Moga Rohmu dirahmati oleh Allah, Moga Rohmu menjadi penghuni Syurga Firdausi Allah, Moga rohmu sentiasa bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh...

Ibu..Ampuni dosaku....
Ibu...Ibu...Ibu.......

Ya Allah... Moga kau ampuni segala dosa Ibu, Ya Allah...
Moga Engkau rahmatinya Ya Allah...Moga Ibu ditempatkan bersama para solehin...
amin ya rabbal alamin.....
Nurkilan,
Nur Sakinah Binti Abdullah..

Monday, July 18, 2011

MUSLIMAH by Nazree Johari

Bismillahhirrahmannirrahim.. 
 
Oh muslimah

Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

fOOTnOTE: SUNGGUH INDAH ALUNAN MUZIKNYA dan JUGA LIRIKNYA.. MOGA LAGU INI MEMBERI NAFAS BARU KEPADA PARA MUSLIMAH DI DALAM DUNIA INI... AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Tuesday, June 28, 2011

Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fatih membebaskan Kota Istanbul [2]

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.
Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan Muhammad meningkatkan aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai. Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.


 dipetik dari, 

Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fatih membebaskan Kota Istanbul [1]

Pada 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta.

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter.
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter.
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal.
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, seorang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

petikan dipetik dari,

Monday, June 27, 2011

~KENAPA AKU 'WAJIB' BERTUDUNG???jgn berdalih lagi.....sayangilah diri anda sndiri~

(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´ 8 SEBAB WANITA CANTIK BERTUDUNG!!
●/
/▌
/ \
...
(✿◠‿◠) Tuntutan agama

●❤● Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*

(✿◠‿◠) Mengurangkan dosa

●❤● Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*

(✿◠‿◠) Lebih pintar dan tenang

●❤● Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*

(✿◠‿◠) Tidak membazir

●❤●Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*

(✿◠‿◠) Lebih sopan dan manis

●❤● Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*

(✿◠‿◠) Rambut lebih tahan lama dan sihat

●❤● Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*

(✿◠‿◠) Menjadikan diri anda “Mahal”

●❤● Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*

(✿◠‿◠) Lebih dihormati

●❤● Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi.. Isha-Allah , Amin Ya Allah ♥ ♥


 

aYuh!! PEMUDA PEMUDI...kita bANGkiT berSAMA!...

 Bismillahirrahmannirrahim...
Aku melihat DUNIA hari ini, orang-orang ISLAM ibarat di genggam belenggu orang-orang kafir..AKHIRAT mereka luput, DUNIA pun tercicir..budaya JAHIL tidak diambil peduli, melampau-lampau dalam HIBURAN..khayalan keterlaluan. Luas..luas membanjir..teruk, tak tertaksir orang-orang yang karam..BARUS, SINGKEL, PASAI, RANIR, BAGHDAD, CARDOBA, ANDALUS hilang..hilang ditelan zaman..kita LUPA semua jawapan persoalan kehidupan, yang mahir di hafal..MAMPUkah kita nak jawab di depan MUNKAR dan NAKIR nanti?

Setengah-setengah orang kata, SEJARAH ini ibarat pentas bermain wayang..cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjangkan..bila tamat diulang, dan diulang..ulang kembali..itulah SEJARAH..kalau begitu takkanlah mustahil untuk giliran ISLAM pula mendatang..tamadun kita yang lama dahulu..yang INDAH GEMILANG hidup semula, kembali segar bugar terbentang di dunia yang luas..

"dan sesungguhnya ALLAH akan menolong sesiapa yang menolong agamaNYA. Sesungguhnya ALLAH MAHA PERKASA lagi MAHA KUASA." (Al-Hajj : 40)

"iaitu mereka (UMAT ISLAM) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan untuk memerintah bumi nescaya mereka mendidikan solat, serta memberi zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari melakukan kejahatan dan yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi ALLAH jualah kesudahan segala urusan" (Al-Hajj : 41)

DAKWAH ini bermula dengan SEORANG..
kemudian disambung oleh para sahabat..ISLAM tersebar diseluruh pelusuk alam..
KERAJAAN UMAYYAH..
KERAJAAN ABBASIYYAH..
KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH..

ALLAH will avanges us..strength is with one but ALLAH and ALLAH is our best and only protector..we have had five funerals because of the bombings. Ya ALLAH! YA ALLAH! YA ALLAH!

Di manakah pengganti UMAR AL-KHATTAB hari ini?
Siapakah pewaris SALAHUDDIN AL-AYYUBI hari ini?
Dimanakah pemuda-pemuda seperti SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH zaman ini?


mereka inilah pemuda-pemuda yang ingin kita CONTOHI..adakah anda hanya ingin melihat?bergoyang kaki menutup mata? AYUH! kita bangkit dan ubahlah PARADIGMA anda!

Sunday, June 26, 2011

MooD iS mOOOOOooooo...Dyyyyyyyyyyy..=(

actUALLy kan tadi ucUuu memaNG nak UPDATE entry ucuuu, tp sekarAng sudAh HiLang mOOd La disbbkan ada beberapa prkara terjadi taDi........ mngKin esOk ucUuuu akaN bersemAngAt semULa kot...
doakan yg terbaik k..daa... wassalam.....

Tuesday, June 21, 2011

~jAHiLiAh moDEn~, mAri ucuuu kongsikan

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..
Era Jahiliyah Moden!!!
Cuba kita renungkan, di zaman jahiliyah sebelum kemunculan Rasulullah, umat manusia ketandusan Agama, Ilmu, atau pemimpin yang mampu membawa manusia ke jalan kebenaran kerana jarak antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad adalah sangat lama..
Diantara sikap atau tabiat umat jahiliyyah sebelum kewujudan Nabi Akhir Zaman:
1) Berzina
2) Membunuh bayi2 perempuan kerana dianggap membawa sial
3) Meminum Arak
4) Homoseks, lesbian
Cukup lah itu antara sikap buruk kaum jahiliyyah sebelum kewujudan Rasulullah S.A.W..dan perkara ini lah yang berjaya di ubah oleh Rasulullah dengan mengembangkan ajaran Islam yang di amanahkan oleh Allah untuk umatnya..Baginda telah berjaya merubah Akhlak malah akidah Umat Jahiliyyah sehingga tercetusnya kegemilangan Islam pada zaman baginda.. Tetapi malang sekali bagi umat Islam pada masa kini,
walau pelbagai ilmu, kemajuan, dan kejayaan yang telah dicapai kita tidak mampu untuk mempertahankan kegemilangan Islam yang telah dicetuskan oleh Rasulullah S.A.W..Hinanya manusia..
Rasulullah sehingga hujung nyawanya masih menyebut "ummati....ummati...ummati..."
bertapa sayangnya baginda terhadap umatnya.. tetapi apakah balasan umat masa kini terhadap perjuangan Rasulullah???? 
Adakah sunnahnya diikuti????
Adakah kita sering mengingatinya???
Sayang...jarang sekali sunnahnya diikuti, malah kurang sekali mengingatinya serta perjuangannya...
Nauzubilah....

Mungkin kerana kita lupa akan perjuangan Rasulullah, maka pada zaman ini tercetuslah era jahiliyyah modenyang dicipta oleh manusia sekali lagi..antaranya:
1) Kes zina semakin meningkat
- Walaupun Agama Islam telah mengharamkan zina, tetapi orang Islam jugaklah
paling ramai melakukan zina...
2) Pembungan bayi/Janin (pembunuhan bayi)
- Kalau jahiliyyah dulu, bayi perempuan sahaja dibunuh, tetapi zaman jahiliyyah
moden lebih dasyat dan hebat kerana kedua-dua jantina bayi ini akan dibuang dan
dibunuh tanpa sebab..
3) Arak berleluasa
- semakin Islam mengharamkan Arak, semakin banyak penjualan arak dan perjudian
berlaku di muka bumi ini..
4) Homoseks/lesbian
- lebih ramai pondan, bapok, penkid, gay, lesbian di muka bumi ini sehingga sukar
untuk menilai mana satu jantina yang tulen atau palsu..
 
banyak lagi perkara2 lain yang mampu dibuktikan zaman kini merupakan zam anjahiliyyah moden malah lebih teruk dan dasyat dari zaman jahiliyyah sebelumkewujudan Rasulullah S.A.W..
Nauzubillah....
 
Malulah kita wahai umat Islam, 
kita hidup dizaman Islam telah menjadi milik kita, 
tanpa perlu berperang dan bersusah payah..
pun masih x bersyukur..
Malulah kita umat Islam,
Rasulullah yang tidak pandai membaca dan menulis
mampu menjulang Islam sehingga gemilangnya...
kita yang boleh membaca dan menulis x mampu buat sedemikian
Malulah kta umat Islam,
Rasulullah ingat akan umatnya sehingga ke hujung hayatnya,
tetapi kita lebih ingatkan artis2 dan berhibur saja....

Hebatnya engkau Rasulullah, pemimpin utusan Allah, menyinari dunia laksana purnama, contoh tauladan mu jadi ikutan... Syafaatkan kami ya Rasulullah......

Moga perkongsian ini mampu untuk mengingatkan diriku yang lemah dan hina ini,
juga mampu mengingatkan sesiapa sahaja Insyaallah...
 
di petik dari,

Tuesday, May 31, 2011

Sultan Muhammad Al-Fateh~JASAMU tidak akan aku LUPA~

Bismillahirrahmannirrahim...

"Akan dibebaskan kota Konstantinopel itu, Maka sebaik-baik RAJA itulah rajanya,
Sebaik-baik TENTERA itulah tenteranya..." Sabda Nabi Muhammad S.A.W

SubhanaAllah....sungguh membuat hatiku gembira sehingga menitis air mata ku setelah aku kenal erti sejarah Islam yg sebenar... Selain drpd mengetahui sejarah Rasulullah, inilah insan yg kedua yg telah membuat diriku kagum akan sejarah beliau sepanjang beliau menjadi Raja dan penaklukan beliau ke atas konstantinopel..
dan suatu prkara yg aku ingin kongsikan ialah kerana mengetahui sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh inilah puncanya mmbuatkan aku jatuh cinta akan sejarah2 tokoh2 Islam... MasyaAllah......Selama ini aku buta kan mata hatiku ini dgn sejarah2 Islam ini,tp tidak skrg..... aku mulai jatuh cinta,dan aku tidak akan sekali2 mmbuang perasaan aku ini....
disini aku ingin kongsikan lirik lagu tentang Sultan Muhammad Al-Fateh,
Harap boleh di kongsikan sama2 kpd rakan2 Islam yg lain.. Moga org Islam zaman skrg akan terus bersemangat dgn tahu nya tentang sejarah Raja Islam ini.....
Mari kita jadi pahlawan yg sejati yg hanya ingin syahid dlm perjuangannya.....
ALLAHUAKBAR!!
ALLAHUAKBAR!!
ALLAHUAKBAR!!


Utusan Tuhan Bersabda
Benarkan Satu Ketika
Derapan Kuda kan Tiba
Bebaskan Kota di Roma

Tentera Fateh pun Datang
Hadis Nabi Kuatkan Iman
Layar Kapal Rentas Daratan
Tanduk Emas dibantu Tuhan

70 kapal pun tiba
Byzantin Gegak Gempita
Dua Ratus Ribu Tentera
Mimpi Buruk Sudahpun Tiba

800 Tahun Penantian
Konstantin Akhir di Tawan
Panji Islam dikibar Hasan
Tubuh Syahid Jiwa dikorban

Itulah Si Anak Muda
Beraksi Menggegar Dunia
Itulah Sebaik Raja
Itulah Sebaik Tentera

lagu boleh di download disini,

Tuesday, April 12, 2011

TANGGUNJAWAB MENANTU TERHADAP IBUBAPA MENTUA

Pendahuluan 

Tanggungjawab menantu terhadap mentua jarang dibincangkan secara terbuka. Bahan-bahan berkaitan isu ini juga agak terhad. Bagi sesetengah pihak, mungkin dianggap tidak penting. Apatah lagi perkara ini tidak disentuh secara spesifik dalam Al-Quran, Hadis dan perbincangan secara terbuka, atau mungkin perkara ini ada dibincangkan, tetapi penulis masih belum menjumpai atau menerokai ilmu tersebut.


Setelah meneliti perkara ini secara mendalam, penulis dapat katakan bahawa tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua adalah sama seperti tanggungjawab anak terhadap ibu bapa kita sendiri. Antara ayat-ayat Quran dan Hadis berkaitan tanggungjawab kita terhadap ibu bapa yang turut boleh diaplikasikan dalam konteks ibu bapa mentua yang sempat dipetik dalam kertas kerja ini adalah seperti berikut:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkahlah dirimu terhadap mereka berdia dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (QS Al-Israa’: 23-24)

Dan sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan denganNya sesuatupun, dan kepada kedua ibu bapa hendaklah kami berbuat baik, dan yang mempunyai tali kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan tetangga yang menjadi kerabat....(QS An-Nisa’:36)
Nabi Muhammad SAW telah menekankan bahawa derhaka kepada orang tua adalah salah satu dosa besar setelah menyekutukan Allah SWT. Rasulullah bersabda: “Adakah kalian mahu kuberitahu tentang dosa-dosa yang besar?”. Para sahabat menjawab: “Kami mahu, ya Rasulullah SAW”. Rasulullah SAW bersabda: “menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Ayat lain berkaitan Q.S Luqman: 14, Q.S Al-Ankabut: 8 dan sebagainya.


Prinsip Islam Terhadap Perkahwinan
Lelaki bertangungjawab sepenuhnya terhadap isteri yang dikahwininya. Ini kerana lelaki tersebut telah ‘mengambil’ anak perempuan tersebut daripada ibu bapanya. Bermakna, perempuan tersebut telah menjadi ‘hak mutlak’ si suami. Justeru, menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya untuk menyempurnakan segala keperluan isterinya zahir dan batin.


Tanggungjawab suami tidak terhenti setakat isterinya, malahan terhadap kepada kedua ibu bapa kepada isteri atau mentua. Suami (menantu) tidak boleh membiarkan ibu bapa mentua setelah anaknya telah diambil. Sikap tidak bertanggungjawab atau lepas tangan seolah-olah kita melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa sendiri.


Pendek kata, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentuanya beragama Islam atau tidak. Sama seperti tanggungjawab anak yang telah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.


Seperti mana Islam menetapkan bahawa setiap anak yang memeluk agama Islam wajib menghormati ibu bapanya yang tidak memeluk Islam. Begitulah juga apabila anaknya ini telah berkahwin. Hubungan dan penghormatan tetap sama, kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam


Contoh, isteri saya selaku menantu kepada ibu bapa saya amat menghormati kedua ibu bapa saya walaupun agama berlainan. Begitu juga dengan saya selaku menantu kepada kedua ibu bapa isteri saya (mentua).


Pendek kata, Islam tidak membezakan martabat ibu bapa tidak kira apa juga agamanya selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai niat tidak baik.


Dalam Islam tanggungjawab menantu terhadap ibubapanya sendiri dan ibubapa mentuanya adalah sama.


Hubungan Istimewa Menantu dan Mentua

Hubungan istimewa menantu dan mertua adalah sama seperti hubungan istimewa ibu bapa sendiri yakni tidak batal wuduk bila bersentuhan dan tidak boleh dikahwini. Ini bermakna, martabat mentua adalah sama seperti ibu bapa.


Penulis dapat rangkumkan tanggungjawab menantu terhadap mertua berdasarkan kepada jadual di bawah


Tanggungjawab Menantu Lelaki dan Perempuan Mengikut Keutamaan


Menantu Lelaki

Allah SWT
Rasulullah SAW
Ibu/Ibu Mertua
Bapa/Bapa Mertua
Isteri
Anak-anak
Lain-lain


Menantu Perempuan 

Allah SWT
Rasulullah SAW
Suami
Anak-anak
Ibu/Ibu mertua
Bapa/bapa mertua
Lain-lain


Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Penulis yakin ada ramai menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya sehingga mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan tuntutan agama Islam.


Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.


Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum
mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri: Alhamdulillah, syukur.

Pengajaran daripada kisah ini adalah mentua mempunyai hak untuk memberikan pandangan terhadap menantunya. Menantu sepatutnya memberikan contoh yang terbaik kepada mentua demi menjaga keharmonian rumahtangga. Penulis yakin bahawa suami akan lebih mengasihi isterinya, jika isterinya menyayangi ibu bapa suaminya.


Dalam usaha memenuhi tuntutan tersebut, penulis menggariskan beberapa perkara berikut untuk diteliti dan dilakukan oleh menantu terhadap mentua sebagai tanda penghormatan dan membalas budi mereka.

1. mentaati mentua pada segala yang diperintahnya kepada anak, kecuali perkara maksiat
2. berbicara kepada keduanya dengan adab dan lemah lembut
3. memberikan bantuan kewangan (bulanan) sebagai tanda mengambil berat
4. bangun menghormati keduanya apabila mereka datang
5. mencium tangan kedua dan memeluknya, setiap pagi dan petang dan pada setiap upacara
6. memelihara nama, kehormatan, serta harta benda mereka
7. memuliakan mereka, dan memberikan mereka yang diminta
8. bermesyuarat dengan mereka dalam urusan berkaitan
9. memperbanyakkan doa dan permohonan ampun bagi mereka
10. cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan mereka tanpa perlu diingatkan atau ditunjukkan kepada si anak
11. tidak mengangkat suara di hadapan mereka
12. tidak cuba memotong percakapan mereka ketika mereka sedang mengatakan sesuatu
13. sentiasa meminta izin mereka jika mahu keluar rumah
14. tidak memeranjatkan mereka, ketika sedang tidur
15. tidak melebihkan isteri dan anak dari kedua mereka
16. tidak mencela mereka, jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan
17. tidak ketawa dalam majlis mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa
18. tidak memanjangkan tangan kepada makanan, sebelum mereka terlebih dahulu memulakannya
19. tidak tidur atau baring, padahal mereka masih lagi duduk kecuali jika mereka telah mengizinkan
20. tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka
21. tidak masuk dahulu sebelum mereka atau berjalan di hadapan mereka
22. menyahut panggilan mereka serta merta, apabila mereka memanggil
23. memuliakan teman-teman mereka di waktu hayat mereka dan sesudah mereka meninggal
24. tidak berkawan dengan seorang yang tidak mematuhi kedua ibubapanya
25. memberi dan bertukar tukar hadiah ketika hari lahir mereka
26. membawa dan menemani mereka ke masjid jika diperlukan
27. mendoakan keduanya, khususnya sesudah meninggal, sebab adalah sangat berguna kepada mereka


Pengkaji tidak menafikan bahawa contoh terlalu ideal, tetapi apa yang ingin ditonjolkan adalah penghormatan dan keadilan yang perlu dilakukan oleh menantu terhadap ibu bapa dan mentuanya.


Kesimpulan


Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu/ibu mertua dan bapa/bapa mertua. Justeru, tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki terutamanya. Mengabaikan salah seorang daripada mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab ini diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan oleh ibu bapanya sendiri diabaikan oleh suaminya.


Satu persoalan yang perlu difikirkan bersama adalah, adakah derhaka menantu terhadap mentua, sama seperti derhaka anak terhadap ibu bapa sendiri? Adakah syurga di telapak kaki ibu, boleh 

diaplikasikan dalam konteks syurga di telapak kaki ibu mentua? Sama-sama kita fikirkan...


Oleh,