Insan yg di lahirkn di Bumi ALLAh..yg mencari BEKALAN amalan-amalan untuk diBAWa ke AkhirAt KELAk...♥ HiDup MULIA mAti syaHid!!!♥♥ ♥"bUkAn EmAS PeRMaTA YG MMPeRCaNTikKN aNDA, MeLAInkn yg mmpERcAntIKkAn AndA AdALAh AKhLAK Anda"♥ ♥cAntIknya wAnItA krn kEjErnihan wAjAh.. ManIsnya wAnitA krn senyumannya yg IndAh..Ayunya wanita kRn kesederHANAAn lahiriah..hEbaTnya wAnItA krn keIManAn&kEtaqwAAn yg tegUh..hIASILAh dIrimu dgn AKhLAk trpujI..NILAI DIRI SEORANG MUSLIMAH SEJATI♥
Friday, May 28, 2010
SAJAK SAYYID QUTUB
Tuesday, May 25, 2010
LAgu di idami seOrang waNita kEpada SUAminya..
Permaisuri Hatiku
Monday, May 24, 2010
Milikilah Sifat Malu
(HR Bukhari)
Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:
(Shahih Muslim No.50)
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”
(Shahih Muslim No.53)
MUJAHIDAH...TERUSKAN MUJAHADAH MU
Sunday, May 23, 2010
SPR Malaysia, BertanggungJawab Di Dunia & Akhirat
Pilihanraya : SPR Malaysia,
BertanggungJawab Di Dunia & Akhirat
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Sebagai rakyat Malaysia, rasa terkilan dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia amat tinggi berbanding biasa. Mengapa?
Banyak sebabnya dan saudara boleh membaca sendiri di web-web yang berkaitan. Namun kali ini saya merasa lebih lagi sakitnya dari biasa kerana salah satu bentuk ‘kepelikan' itu telah berlaku kepada ahli keluarga saya.
Ia berlaku kepada isteri saya. Isteri saya sejak awal mendaftar, tempat mengundinya adalah Hulu Bernam, Ulu Selangor, iaitu dikampung kelahirannya. Bukan sekadar itu malah isteri saya juga telah pernah mengundi di Hulu Selangor pada tahun 1999, semasa pilihanraya yang ke 10.
Walaubagaimanapun, pada tahun 2004 kami sekeluarga gagal membuang undi kerana berada di luar negara. Namun sejak sebulan lepas, apabila membuat semakan daftar pemilih, entah bagaimana tempat mengundi isteri saya bertukar ke Demit, Kubang Kerian, Kelantan.
Keperitan Menghubungi SPR
Puas kami menghubungi nombor telefon SPR untuk mengadu hal dan mendapatkan penjelasan bagaimana pertukaran tempat mengundi boleh berlaku, tetapi talian SPR asyik sibuk dan tidak pernah diangkat (iaitu nombor 03-8885 6500) yang kami petik dalam web SPR berikut :http://www.spr.gov.my/index/hubungi.htm hampir setiap hari dihubungi tetapi setiap hari jugalah tiada jawapan.
Disebabkan kesibukan saya dan isteri, kami mengambil keputusan untuk membuat surat rasmi dan menghantar faks ke (603)-8888 9117, juga nombor faks yang sama dari web di atas tadi. Dalam masa yang sama percubaan menelefon dibuat setiap hari, semuanya gagal.
Sehinggalah hari ini (24 Feb 08), muncul nombor baru di televisyen, iaitu 03-9274 62692, nombor ini muncul 3 saat sahaja, namun bila dihubungi, rupanya tersilap nombor.
Akhirnya, dapat juga kami hubungi nombor SPR yang ada manusia mengangkatnya iaitu 0326810280. Namun hasil aduan itu, kami menghadapi kepelikan, keajaiban jahat dan kekecewaan sahaja.
Kemuncak kepelikan
Pegawai wanita tersebut berkata; menurut rekod mereka, kononnya isteri saya ketika mula-mula mendaftar pada 10 Mac 1998 dahulu, alamat asal adalah di Kampung Demit, Kubang Kerian. Justeru itulah sahaja yang mereka tegaskan, Sedangkan ia tidak benar sama sekali dan isteri saya tiada sebarang urusan dengan negeri Kelantan, juga bukan orang Kelantan.
Namun yang lebih PELIK DAN AJAIB, pada tahun 1999 isteri saya telah pun membuang undinya di Hulu Selangor tanpa sebarang masalah. Bagaimana boleh diundur waktu dan didaftar di Kelantan pula.. kami tiada mesin ajaib masa Doraemon. So apa sebenarnya ini?!!!. Adakah ini penipuan dan penyelewengan yang sering digembar gemburkan oleh pembangkang ?? ! . Jika benar, hampir pastilah ia dilakukan oleh pihak yang tidak ada iman tentang alam barzakh dan neraka!!
Hasilnya, kemungkinan isteri saya tidak sempat mengundi tahun ini, kerana pelbagai kesukaran pengangkutan untuk ke Kelantan dan bayi kami pula yang masih berumur 2 bulan. Saya pula terpaksa membuang undi di Kedah pada hari tersebut. Banyak lagi sebab lain yang tidak memungkinkan saya untuk bertandang ke Kelantan dan Kedah dalam hari yang sama.
Saya masih berusaha mencari muslimah-muslimah Kelantan yang dipercayai untuk menumpangkannya ke Kelantan dan pulang ke KL pada hari yang sama, namun ia amat sukar...
Benar, kami juga ada salahnya kerana tidak membuat semakan lebih awal dan menukar dengan pantas (sebelum 60 hari dari pilihanraya) apabila terdapat kesilapan, tetapi apa yang berlaku mendedahkan "something wrong is happening". Yang penting pihak SPR wajib bertanggung jawab di akhirat kelak, kami akan tuntut semua hak-hak ini tanpa BELAS KASIHAN.
Kesimpulan
Semua kita perlu beringat-ingat selalu, sebarang kemenangan pilihanraya menggunakan penipuan, rasuah dan penyelewengan adalah haram serta dilaknat oleh Allah swt dan RasulNya, tiada keberkatan dalam pemerintahan dan rakyat serta negara, kemenangan sebegitu hanya akan memudahkan sesebuah masyarakat dan negara dipandu ke Neraka sebagaimana huraian ‘hilang keberkatan' yang disebut oleh Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam kitabnya Az-Zawajir An Iqtiraf Al-Kabair. Justeru amat perlu dijaga unsur keberkatan dalam pilihanraya, pembelajaran, pekerjaan, pendapatan, perbelanjaan dan kehidupan seluruhnya.
Jangan kerana inginkan kuasa dan kerusi DUN dan Parlimen yang bersifat sementara manfaatnya iaitu sekitar beberapa puluh tahun di dunia, hingga sanggup menggadaikan masa depan di dalam kubur yang sempit itu dan di padang mahsyar yang berkumpulnya trillion trillion manusia dan disemak satu persatu perbuatannya.
Keadaan yang sama juga terpakai kepada pelajar yang meniru dalam peperiksaan, pelajar yang membeli sijil MA dan PhD, guru yang meniru dalam peperiksaan PTK, usahawan yang menipu, ahli politik yang menipu, pekerja yang menipu dalam amanah tugasan mereka dan lain-lain jenis penipuan, semuanya dinafikan oleh Nabi s.a.w dari kelompok ummatnya
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?!barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)
Ia juga termasuk dalam umum hadis ini
من غش العرب لم يدخل في شفاعتي ولم تنله مودتي
Ertinya : Barangsiapa yang menipu Arab ( dan manusia lain) , mereka tidak termasuk dalam kalangan yang boleh mendpaat syafaatku, dan tidak layak mendapat belas kasihanku" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3928, 5/724 ; Hadis ghorib)
Imam al-Munawi berkata, salah satu maksud menipu arab adalah menghalang mereka dari menyampaikan kebenaran sehingga menjadikan orang ramai jauh dari Nabi s.a.w (Penjelasan Al-Munawi dipetik dari Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri, 10/296)
Berhati-hatilah wahai semua pembaca dari jatuh dalam kelompok ini.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
24 Feb 08
Saturday, May 22, 2010
10,000 langkah atau 1,000,000 langkah????huhu
Wednesday, May 19, 2010
"Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa"
SOALAN
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat...
* Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka.
* Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
* Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang.
* Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang.
* Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.
Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -
JAWAPAN
Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-
1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokritserta tidak mahu berubah kerana disuruh.
Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-
Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.
Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK.Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!
Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namuntanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.
2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.
Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum
Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.
Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.
Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.
Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.
Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.
Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allahbukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'
Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.
Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya,tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar.Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)
3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.
Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.
Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.
Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.
Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :
Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.
Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.
Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.
Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.
Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.
4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.
Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.
Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.
Selamat BEPRUASA SUNAT HARI TASYU'A DAN ASYURA.! (9 dan 10 Muharram iaitu pada 26 dan 27 Disember 2009 )
Sekian..
Zaharuddin Abd Rahman
9 Muharram 1431
26 Disember 2009
fOOtNoTE:
kan lebih baek memakai tudung niyh...:)....selain dr sopan,cntek, yg pnting kiter dah jalankn tnggungjawab kiter sbg manusia di muka bumi ini...tp jgn lah pulak xmengikut syariah yg telah ditetapkn oleh ALLAH..>_<..sama2 lah kiter pikir2kn....:DD...