~INGATLAH wahai wanita.. banyak mana pun PUJIAN yang anda terima seperti:~
"awak cantik lah..:DDD, awak comel lah..^_^, manja nya posing mcm tuh..>_<,
alahai,cuTe mute la awak ni..:P, senyuman tuh memang manis sangat3,buat sy asyik nak tengok je..~_O, awak ada lesung pipit la,lawa sangat, nak pinjam boleh x??..O_O, Rambut awak lurus lah, mesti guna jari pon boleh kan?hehee..:P, awak terlalu baik dan cantik, teringin nak kawan dgn awak la..>_<"
Firman Allah: “Jikalau
sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami
akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (al-A’raaf, 7:96)
~Suatu hari nanti semua itu bukan menjadi nilaian ALLAH...
ALLAH tidak
menilai kecantikan yang anda miliki itu, tapi..
Keimanan dan Ketaqwaan
dalam hati dan jiwa kamu itulah yang menjadi nilaianNya..
Firman Allah: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.” (al-Hujuraat, 49:13)
Firman Allah: “Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (al-Mujadilah, 58:11)
Jadi, Walaupun
anda miliki 100% kecantikan sekalipun, andai anda tidak memelihara diri
dan AURAT anda,
tiada gunanya anda mendapat pujian seperti itu, kerana
ALLAH murka atas perbuatan anda itu..
buat apa kita hidup dapat PUJIAN
manusia tetapi dapat MURKA ALLAH??? manusia atau ALLAH yang cipta
kita??? Jadi, berterima kasih lah pada ALLAH sbb beri peluang pada anda
masih bernafas sekarang ni untuk anda kembali ke Jalan yang Lurus dan
BERTAUBAT lah sekarang..
Jangan tunggu hari esok,lusa atau sebentar
lagi,
kerana kita tidak pasti AJAL MAUT kita akan tiba..~
Firman Allah: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang
yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka
bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah
taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah
taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan
(yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka,
(barulah) ia mengatakan : “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang”. Dan
tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di
dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang
pedih.” (an-Nisa`: 17-18)
No comments:
Post a Comment