Tuesday, May 29, 2012

~nak jadi 'SAHABAT' atau 'KAWAN'?~

Bismillahhirrahmannirrahim....

Apa itu 'SAHABAT'???
dan apa itu 'KAWAN'??
Nampak macam sama kan dua perkataan ini??..
Iya!! memang nampak seakan sama, tetapi tidak serupa..
Apa erti 'SAHABAT' ya?? dan apa pula erti 'KAWAN' yang sebenarnya??
Kenapa mesti dibeza-bezakan antara 'SAHABAT' dan 'KAWAN'??
PASTI!! Iya! Memang wajar kita membezakan kerana seorang 'KAWAN' tidak semestinya dia akan setia bersama kita ketika kita hadapi kesusahan..
Tapi, seorang 'SAHABAT', dia tidak akan sesekali biarkan hidup kita menghadapi kesusahan seorang diri.. Itulah 'SAHABAT' sejati yang sentiasa diredhai ALLAH S.W.T..

Memang mudah untuk mencari seorang 'KAWAN' dalam dunia ketika kita senang.. Tapi amat sukar sekali untuk kita mencari 'SAHABAT' yang sentiasa bersama kita ketika SUSAH mahupun SENANG.. Seorang sahabat yang baik, dia tidak akan sesekali mem'BUANG' SAHABAT dalam hidup walaupun sahabatnya itu pernah melakukan kesilapan terhadap dirinya kerana dia percaya, MANUSIA ni tidak lari daripada melakukan dosa dan kesilapan.. 

ucuuu nak kongsikan kata-kata hikmah yang berbunyi,

 "Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa. "
"Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka. "
"Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya."

Seorang 'SAHABAT' akan sentiasa membimbing 'SAHABAT'nya ke jalan yang lurus. Inilah SAHABAT yang sejati.. Ketika senang dia bersama kita, ketika susah pula dia membantu kita. Ketika kita lalai dengan DUNIA, dia datang mengingatkan kita tentang AKHIRAT..
ALLAHUAKBAR!! bersyukur nya mempunyai sahabat yang sebegini..

Ada pepatah mengatakan,
"JANGAN mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tetapi ORANG.."

kepada teman-teman Ucuuu yang sering kehilangan atau sering dibuang kawan, mari Ucuuu kongsikan kata-kata semangat yang patut kita renung kan bersama..

 "Hilang seorng kawan bukan bererti diriku akan hilang 10 orang sahabat......
Hilang 10 org kawan bukan bererti diriku akan hilang 100 orang sahabat....
Hilang 100 org kawan bukan bererti diriku akan hilang 1000 orang sahabat...
KERANA SAHABAT akan sentiasa setia disisi kita walaupon kita pernah lakukan kesilapan terhadap dirinya.. MEMAAFKAN dan membimbing itu lah yang Rasulullah ajar kita semua... Jadik, usah bersedih andai anda kehilangan seorang kawan kerana ALLAH akan menggantikan 10 org sahabat buat diri anda.. PERCAYALAH... yakin pada ALLAH!!...^_^....:').. "

dan mari kita ingat bersama dan kita letakkan diri kita sebagai seorang 'SAHABAT' kepada teman-teman yang kita sayang... Jangan jadikan diri kita sebagai seorang 'KAWAN' sahaja kepada teman-teman kita.. seperti mana kata-kata dibawah ini,

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. 
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. 
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. 
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah....."
  
Mengapa ada manusia sukar utk memaafkan kesalahan org??
sedangkan Allah pun Maha Pengampun.... kenapa manusia mesti ada sifat dendam itu dalam diri?? kenapa manusia mesti ada ego dalam diri mereka..?..
Sedangkan kita sendiri tahu, Rasulullah tidak pernah memusuhi mereka yang memusuhinya.. Walaupun mereka melempar najis ke arah baginda, baginda masih memaafkan mereka.. itu memang sudah ternyata MUSUH tu, tapi kita???
Bila kawan sendiri lakukan sedikit kesilapan, kita menghukumnya seolah-olah dia melakukan kesalahan yang terlalu besar..?
Benar kah tindakan kita membuang sahabat kita daripada kehidupan kita itu??
Andai benar sekalipun kesilapan yang dilakukan itu adalah besar, tetapi tidak perlulah sehingga membuang nya dari kehidupan anda..
Apa salah sahabat kita itu sehingga kita sanggup melupakan kenangan-kenangan manis kita ketika bersama dengan nya??..
INGATLAH, sahabat anda hanya melakukan satu kesilapan, tetapi renungkan lah apa yang telah sahabat anda itu korbankan untuk anda daripada bermula nya perkenalan anda dengannya sehinggalah anda memutuskan hubungan silaturrahim dengannya...

 kepada sahabat yang teraniaya,
walaupun telah berkali-kali memohon kemaafan daripadanya, tetapi masih tidak dimaafkan,biarlah... 
yang penting kita telah melaksanakan tanggungjawab kita kepada manusia telah ditunaikan... 
dulu,sekarang, dan selamanya kita hanya berserah kepada Ya Rabb... 
Hanya ALLAH yang Maha Pengampun, dan kita hanya mengharapkan pengampunan dari Nya..... 
andai maaf kita tidak diterima oleh manusia, apa lagi mampu kita lakukan??
yang penting kita tahu, ALLAH lah yang menentukan SYURGA dan NERAKA ke atas diri kita ini, bukan teman kita itu.....
Moga segala yg kita lalui, berikan diri kita lebih kuat dan cekal hati daripada sekarang ini...

Peringatan buat diri kita dalam menjadi SAHABAT yang sejati adalah,
 "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. 
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. 
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. 
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."...

Mari bersama Ucuuu, kita bersahabat sampai ke Syurga..
Jom ikut tips daripada isi kandungan Al-Qur'an:
1. Ikhlas dalam persahabatan [Surah al-Syura : 23]
2. Tidak bersangka buruk dalam persahabatan [Surah al-Hujurat : 12]
3. Saling menasihati dalam persahabatan [Surah al-Nisa' : 114]
4. Sentiasa memaafkan dalam persahabatan [Surah al-Nisa' : 148]
5. Menjaga suara dalam persahabatan [Surah Luqman : 19]
6. Amal makruf dalam persahabatan [Surah al-Taubah : 71]
7. Jujur dalam persahabatan [Surah al-Maidah : 119]
sumber : Gen-Q isu no.8


 Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
 
Mari kita renungkan pesanan UZAR,
 "Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. 
Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. 
Jadikan ia pendorong dan motivasi..."
_(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman) UZAR_
 
 
 
Akhir kalam dari Ucuuu,
"Tingkatkan KEIMANAN dan KESABARAN, moga kita menjadi insan yang tinggi KETAQWAAN dan KECINTAANNYA kepada ILAHI.. InsyaAllah..^_^.."

No comments: