Tuesday, April 12, 2011

TANGGUNJAWAB MENANTU TERHADAP IBUBAPA MENTUA

Pendahuluan 

Tanggungjawab menantu terhadap mentua jarang dibincangkan secara terbuka. Bahan-bahan berkaitan isu ini juga agak terhad. Bagi sesetengah pihak, mungkin dianggap tidak penting. Apatah lagi perkara ini tidak disentuh secara spesifik dalam Al-Quran, Hadis dan perbincangan secara terbuka, atau mungkin perkara ini ada dibincangkan, tetapi penulis masih belum menjumpai atau menerokai ilmu tersebut.


Setelah meneliti perkara ini secara mendalam, penulis dapat katakan bahawa tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua adalah sama seperti tanggungjawab anak terhadap ibu bapa kita sendiri. Antara ayat-ayat Quran dan Hadis berkaitan tanggungjawab kita terhadap ibu bapa yang turut boleh diaplikasikan dalam konteks ibu bapa mentua yang sempat dipetik dalam kertas kerja ini adalah seperti berikut:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkahlah dirimu terhadap mereka berdia dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (QS Al-Israa’: 23-24)

Dan sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan denganNya sesuatupun, dan kepada kedua ibu bapa hendaklah kami berbuat baik, dan yang mempunyai tali kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan tetangga yang menjadi kerabat....(QS An-Nisa’:36)
Nabi Muhammad SAW telah menekankan bahawa derhaka kepada orang tua adalah salah satu dosa besar setelah menyekutukan Allah SWT. Rasulullah bersabda: “Adakah kalian mahu kuberitahu tentang dosa-dosa yang besar?”. Para sahabat menjawab: “Kami mahu, ya Rasulullah SAW”. Rasulullah SAW bersabda: “menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Ayat lain berkaitan Q.S Luqman: 14, Q.S Al-Ankabut: 8 dan sebagainya.


Prinsip Islam Terhadap Perkahwinan
Lelaki bertangungjawab sepenuhnya terhadap isteri yang dikahwininya. Ini kerana lelaki tersebut telah ‘mengambil’ anak perempuan tersebut daripada ibu bapanya. Bermakna, perempuan tersebut telah menjadi ‘hak mutlak’ si suami. Justeru, menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya untuk menyempurnakan segala keperluan isterinya zahir dan batin.


Tanggungjawab suami tidak terhenti setakat isterinya, malahan terhadap kepada kedua ibu bapa kepada isteri atau mentua. Suami (menantu) tidak boleh membiarkan ibu bapa mentua setelah anaknya telah diambil. Sikap tidak bertanggungjawab atau lepas tangan seolah-olah kita melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa sendiri.


Pendek kata, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentuanya beragama Islam atau tidak. Sama seperti tanggungjawab anak yang telah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.


Seperti mana Islam menetapkan bahawa setiap anak yang memeluk agama Islam wajib menghormati ibu bapanya yang tidak memeluk Islam. Begitulah juga apabila anaknya ini telah berkahwin. Hubungan dan penghormatan tetap sama, kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam


Contoh, isteri saya selaku menantu kepada ibu bapa saya amat menghormati kedua ibu bapa saya walaupun agama berlainan. Begitu juga dengan saya selaku menantu kepada kedua ibu bapa isteri saya (mentua).


Pendek kata, Islam tidak membezakan martabat ibu bapa tidak kira apa juga agamanya selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai niat tidak baik.


Dalam Islam tanggungjawab menantu terhadap ibubapanya sendiri dan ibubapa mentuanya adalah sama.


Hubungan Istimewa Menantu dan Mentua

Hubungan istimewa menantu dan mertua adalah sama seperti hubungan istimewa ibu bapa sendiri yakni tidak batal wuduk bila bersentuhan dan tidak boleh dikahwini. Ini bermakna, martabat mentua adalah sama seperti ibu bapa.


Penulis dapat rangkumkan tanggungjawab menantu terhadap mertua berdasarkan kepada jadual di bawah


Tanggungjawab Menantu Lelaki dan Perempuan Mengikut Keutamaan


Menantu Lelaki

Allah SWT
Rasulullah SAW
Ibu/Ibu Mertua
Bapa/Bapa Mertua
Isteri
Anak-anak
Lain-lain


Menantu Perempuan 

Allah SWT
Rasulullah SAW
Suami
Anak-anak
Ibu/Ibu mertua
Bapa/bapa mertua
Lain-lain


Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Penulis yakin ada ramai menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya sehingga mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan tuntutan agama Islam.


Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.


Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum
mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri: Alhamdulillah, syukur.

Pengajaran daripada kisah ini adalah mentua mempunyai hak untuk memberikan pandangan terhadap menantunya. Menantu sepatutnya memberikan contoh yang terbaik kepada mentua demi menjaga keharmonian rumahtangga. Penulis yakin bahawa suami akan lebih mengasihi isterinya, jika isterinya menyayangi ibu bapa suaminya.


Dalam usaha memenuhi tuntutan tersebut, penulis menggariskan beberapa perkara berikut untuk diteliti dan dilakukan oleh menantu terhadap mentua sebagai tanda penghormatan dan membalas budi mereka.

1. mentaati mentua pada segala yang diperintahnya kepada anak, kecuali perkara maksiat
2. berbicara kepada keduanya dengan adab dan lemah lembut
3. memberikan bantuan kewangan (bulanan) sebagai tanda mengambil berat
4. bangun menghormati keduanya apabila mereka datang
5. mencium tangan kedua dan memeluknya, setiap pagi dan petang dan pada setiap upacara
6. memelihara nama, kehormatan, serta harta benda mereka
7. memuliakan mereka, dan memberikan mereka yang diminta
8. bermesyuarat dengan mereka dalam urusan berkaitan
9. memperbanyakkan doa dan permohonan ampun bagi mereka
10. cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan mereka tanpa perlu diingatkan atau ditunjukkan kepada si anak
11. tidak mengangkat suara di hadapan mereka
12. tidak cuba memotong percakapan mereka ketika mereka sedang mengatakan sesuatu
13. sentiasa meminta izin mereka jika mahu keluar rumah
14. tidak memeranjatkan mereka, ketika sedang tidur
15. tidak melebihkan isteri dan anak dari kedua mereka
16. tidak mencela mereka, jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan
17. tidak ketawa dalam majlis mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa
18. tidak memanjangkan tangan kepada makanan, sebelum mereka terlebih dahulu memulakannya
19. tidak tidur atau baring, padahal mereka masih lagi duduk kecuali jika mereka telah mengizinkan
20. tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka
21. tidak masuk dahulu sebelum mereka atau berjalan di hadapan mereka
22. menyahut panggilan mereka serta merta, apabila mereka memanggil
23. memuliakan teman-teman mereka di waktu hayat mereka dan sesudah mereka meninggal
24. tidak berkawan dengan seorang yang tidak mematuhi kedua ibubapanya
25. memberi dan bertukar tukar hadiah ketika hari lahir mereka
26. membawa dan menemani mereka ke masjid jika diperlukan
27. mendoakan keduanya, khususnya sesudah meninggal, sebab adalah sangat berguna kepada mereka


Pengkaji tidak menafikan bahawa contoh terlalu ideal, tetapi apa yang ingin ditonjolkan adalah penghormatan dan keadilan yang perlu dilakukan oleh menantu terhadap ibu bapa dan mentuanya.


Kesimpulan


Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu/ibu mertua dan bapa/bapa mertua. Justeru, tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki terutamanya. Mengabaikan salah seorang daripada mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab ini diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan oleh ibu bapanya sendiri diabaikan oleh suaminya.


Satu persoalan yang perlu difikirkan bersama adalah, adakah derhaka menantu terhadap mentua, sama seperti derhaka anak terhadap ibu bapa sendiri? Adakah syurga di telapak kaki ibu, boleh 

diaplikasikan dalam konteks syurga di telapak kaki ibu mentua? Sama-sama kita fikirkan...


Oleh,

Saturday, February 19, 2011

Ada dua pilihan terbentang....

UNTUKMU WANITA
Apabila kamu berkawan dengan lelaki, ingatlah ada dua pilihan terbentang..............; 

PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan.. 
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..

oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..

fOOtnOte:...mANaKah jaDik piLiHAn kita?? pikir2 kanLah....

Selawat Nabi s.a.w............

Monday, February 7, 2011

kita adalah PEMIMPIN????

...BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawabkan atas apa yang ia pimpin”. (Mutafaq ‘alaih)
Dari hadits ini kita tahu, bahwa setiap kita adalah seorang pemimpin, minimal untuk diri-diri kita sendiri. Dan dalam sisi pandang syariat segala tindakan akan dimintai pertanggungjawaban.
Hidup ini adalah amanah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Merasa kalah dalam hidup hanya karena kekurangan diri hingga putus asa, bisa jadi merupakan bentuk menyia-nyiakan amanah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Salah satu bentuk bertanggung jawab terhadap hidup ini adalah berusaha untuk menumbuhkan kemauan diri kita sendiri dan terus menggali potensi yang ada dalam diri kita. Dengan adanya kemauan, kita akan tahu apa yang bisa kita kembangkan dan hikmah apa yang bisa kita ambil dari kekurangan diri kita.
Tidak ada lagi waktu yang sekadar untuk berbuat sia-sia. Hidup kita terbatas, jika kamu ingin maju, maka majulah. Tapi perlu kita ingat, kemajuan diri kita tidak boleh dicapai dengan jalan pintas! Kita tidak boleh menghalalkan segala cara.
Awalilah dengan niat untuk beribadah kepada Allah. Dari sinilah, segala yang kita kerjakan akan mendapatk barokah.
Barakallahu fiikum...

Sunday, January 30, 2011

khAs utK yaNie...

wUaaaa!!!.....T_T... semUA org prAktikAL di hOSpitAL berdekATAn deNGAn ruMAH masiNG-masiNg.... ada yg di aLOr sTAq la..ada yg di kULim..ade yg di tAiping, ade juGAk yg di KeLAntaN.... seMUa gembiRA dan bAHagia disebABkan bOLEh brsAMA keLuarga mereKA... tApi aKu???aKu terPAkse hidUp disiNi,terkAPai-kaPAi menghArungi LAut samudeRA di perANtAUan orG..

sedeYh biLA di pikirkAn,tp sAHabAt seJAti berAda dimana2, daN waLAupOn tiAda kELUArga disisiku sAAt ini...

sAAt ini,keTika ini,sAHabAt mmg peNting... tanPa sAHAbat mmg suKAr utk kitA terusKAn kehiduPAn ini,kerANa sAHABAT La pemberi seMANgat kitA,sAHABAt La pEmbantu kiTa ketiKA dALAm kesuSAhAn...sAHAbat La yg mnjAdi pengGAnti keduA2 ibu bAPA kita disiNi....


_ini ikHLAs dr Nur Sakinah Binti Abdullah kepada Nur Idzyanie Wahidi keRANA yANie meneMANi diriku yg kesunyiAn di ruMAh ini waLAupon sudAH BERCUTI,tp dia masih berAda disini,disisiku....syukran
uhibbuki... sAYANg kamu seLAmanya....:'*
~iEYna witH yaNie~

Tuesday, January 25, 2011

pENgALAMan 'berpraktikal' banyaK mengajaR ku erti kehidupan daLAm kontEks seBenaRnya....

...BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...
Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh..^_^...
aRi ni,ucuuu saja spEnt tiME sikit deKAt bLOG ucuuu ni...
rAsA 'kesunyian' pulak BLOG ucuuu nnti kalo ucuuu biar kan tanpa entry baru..hehehe...
sebenarnya,ari ni adalah hari ke-17 merangkap minggu yg terakhir aku di OPD sebelum mid sem break... erm...sedeyh sgt bila pikirkan nya... terasa sayang sgt nak tnggalkan OPD yg ucuuu kasihkan ini... bukan nya apa,ucuuu kasihkan org2 disini... 

ucuuu kasihkan 'kak bush' yg da banyak beri tunjuk ajar pd ucuuu sepanjang ucuuu bekerja di sini...kak bush ni sbenarnya merangkap ex-student RCMP,sama tmpt blaja ucuuu dgn nya..hehee..mmg da kenal sgt la dgn kak bush ni..ehehe. kak bush baru je 'grade' thn lepas,disbb kn kak bush KKM,KKM antar dia di hspital ipoh,lawak la,mula2 tuh dia sedeyh sgt dpt IPOH,tp skrg dia suka da keje di sini,Alhamdulillah...ehehe,,,
ucuuu kasihkan 'kak laila' yg ucuuu da anggap spt kakak ucuuu sndiri di sini...berkongsi mcm2 cerita...paling suka sgt waktu akak cerita kn pengalaman hidup akak dulu... pengalaman itu mmg tidak akan dirasa oleh ucuuu,tp ucuuu yakin dan prcya, yg pngalaman hidup kak laila akan ucuuu jadikan sbg pengajaran utk ucuuu pada masa akan datang..
'kak zura' pon besh,tp xtahu la knape ramai yg kata kak zura ni garang,maybe btol kot garang,tp garang dia ada tmpt nya,bukan nya kak zura nk garang xde tmpt,jadik,ucuuu boleh terime kalo kak zura garang dgn ucuuu sbb nya,ucuuu tahu dan yakin,kak zura garang kalo kita wat salah,dia cuma nk perbetulkan je.... so,jgn risau la,kak zura ni baik je org nya..^_^..
ucuuu kasihkan 'prp kak nana' bekerja sama2 di kaunter...ehehe...akak ni mek ijazah kat bandung tu,besh wow....hehee
ucuuu juga kasihkan kecelotehan 'yap' masa jaga kaunter dgn nya,dia yang suka buat lawak...ehhee
ucuuu kasihkan 'kak isha' yg bg ucuuu dia sgt comel,dia sntiasa mmbantu ucuuu yg lmbt buat kerja dikaunter...hehehe...
ucuuu juga kasihkan 'madame ong' yg konon2 pada mulanya nmpak mcm garang,tp hakikatnya,sgt baik,dan comel..ehehee....besh waktu duduk wat 'return medicine' dgn madame ong...^_^.......
ucuuu kasihkan 'kak bong' ataupon 'madame bong' ,kasihkannya kerana kelucuannya,kak bong mmg sgt kelakar,ucuuu suka sgt kaunter sama dgn kak bong... erm...knape ade atau yerk kak nama kak bong ni???hehee.. sbb nya ucuuu kejap2 pnggil dia kak bong,pastu nnti pnggil dia madame pulak...  ntah la,ikut suka hati ucuuu la nk pnggil dia apa..hehee...
ucuuu juga kasihkan 'encik aziz' yg slalu menyusun jadual kami bekerja,hehehe.... encik aziz ni ucuuu dah anggap mcm ayah no.2 ucuuu di sini... dia baik,selalu tegur ucuuu, dia xsombong,itu yg pnting...:D..hehee...
teringat pula pada 'abg mie', abg mie mmg da besh!!.. tp ucuuu dpt kerja sme2 dgn abg mie kat OPD cuma 2 minggu je,sbb wktu minggu ketiga ucuuu di sini,abg mie da ke bhgn lain,xingt dia kemana...lepas je dr tuh,mmg xjmpe,jmpe da dgn abg mie.. tp nak ckp nya kat sini,abg mie ni pon kelakar org nya,dan sgt baik..
'kak ana' pon baik org nya..dia rapat dgn kak bush... yg lawak sgt la wktu org dok mngusik dia,sbb dia melatah....tp besh la...rasa mngisi hari yg ceria mnjadi lagi ceria..hehehe...
ucuuu kasihkan 'kak lai yee', first time jaga kaunter dgn kak lai yee,ucuuu mmg suka sgt,sbb dia sgt baik,xterkata la baiknya itu..hehee....ucuuu jumpa fb kak lai yee di fren list kak aireen,hehee..ucuuu pon segera add.ehhee.. start dr tuh la,kenal rapat dgn kak lai yee...hehee....
tak lupa jugak kat 'prp kak suha',ehhee.. akak ni pon baru jugak first time keje di OPD,sama la dgn ucuuu..ehehe... so,kami byk la bende kami sme2 xtahu kedudukan ubat2 tuh,,,ehehe...lawak la...tp smue nya besh...sbb kami slalu jaga kaunter 2 wktu awal2 tuh,so,kak bush la byk mmbantu kami..ehhee..~_^..
ha,naseb baik x terlupa,'kak alfiah' dan 'kak aliah'.. hehehe...dua2 sama2 comel,dan dua2 sama2 ada kelebihan mereka masing2..ehhee... tp nk cerita nya,ucuuu ni pernah 'confius' dgn mereka berdua ni wktu mula2 tuh..ehhee.... sbb nya muka nak dekat sme la...da la dua2 pkai spet..hehee...kelakar la,ucuuu pernah tersilap pnggil nme kak alfiah jadik kak aliah wktu kak alfiah jaga kaunter dispens...hehee....buat maluw jer taw..huhuhu~_~..
'kak michael' pulak kn,mmg lawak dan baik je org nya,hehee...kesian dia,kaki dia tgah sakit sbb trjatuh 2 minggu yg lalu,so dia xboleh brjalan byk sgt,hehehe,so kalo wktu nk ambik 'cream' ke,dia mintak tolong ucuuu ambikkan..hehe..comel la dia,da la model,lawa,sweet je... cara ckp dia xpelat sgt,mcm org melayu jer...mula2 tuh mmg ucuuu ingtkan dia melayu,rupa2nya dia chinese la...ehhee...
ucuuu juga kasihkan 'pekerja2 yg lain',mereka smue baik2,mereka sntiasa beri tunjuk ajar pd 'trainer' mcm ucuuu ni.. mmg x salah pilihan ucuuu utk 'berpraktikal' di hospital raja permaisuri bainun,IPOH ni la....
alhamdulillah,ini smue berkat datangnya dari ALLAH swt..^_^..

banyak lagi org2 yg ucuuu kasihkan di OPD ni,tp xdpt la ucuuu nak tulis smue..hehee..
erm....sebenarnya,ari ni,ucuuu mcm lmbt sgt wat keje,ntah xtahu la knape.. sama ada ubat yg diprescribe oleh doktor tuh 'banyak' sgt ke,ataupon,mmg ucuuu sndiri yg lmbt,..ntah la... tp ucuuu mmg dah usaha sgt td kasi buat laju2,tp tetap lmbt jugak...sedeyh nya...T_T.... smpai kan 'poh' de ckp td,"u lagi,yg lmbt??hehee.."...
poh mmg gurau2,ucuuu tahu,tp ucuuu rasa ucuuu perlu cepat2 sikit lepas ni....
sbb malu la dgn org lain...naseb la dorunk paham yg ucuuu ni trainer.......
ha,ucuuu nak habaq sket ni,lepas ni ucuuu da xpi da solat zohor kat surau kolej da..hehee... 
sbb nya ucuuu da jumpa da surau kat hospital ni..hehee....
tadi lah try carik,btol kata amin la,senang je nk carik..hehee....
tadi pulak mmg rehat pkol 12 tghari smpai pkol 1 ptg,so mmg xboleh la nk pi kolej solat kat sana kn... sbb tuh nak x nk,terpakse jugak carik surau kat hspital ni...
dulu,aku xmaw pi surau hspital sbb aku ade dgr senior de ckp,surau sini kecik,tp tadi aku pi,besar jer... mmg la x sebesar masjid muhibbudin tp besar la jugak dr surau kat kolej tuh..ahahhaa...:D..... selesa je solat kat situ... lepas ni,mmg ucuuu solat disini je la..
sbb kaki da mula malas nak brjalan ke surau kolej tuh..ehehhe....
maybe ari jumaat je kot ucuuu akan solat di kolej sbb ari jumaat nk join 'fiqh wanita'..hehee,,,seriously ucuuu ckp,pengalaman ucuuu wktu praktikal ni,mmg seronok..dan byk mngajar ucuuu kenal kehidupan taw... mcm2,byk ragam org ucuuu kenal....dan pngalaman ni mmg xdpt ucuuu lupakan smpai bila2.. erm,ni baru di OPD,blom lg di bhgn lain,ntah mcm ne la agaknya kan.. tp xpe,itu kita smpan dulu dalam kotak,nnti da tibe mse nya,kita luahkan disini ye... bukan nya apa,utk korunk jugak,utk korunk2 yg akan mnjalani kehidupan 'berpraktikal' mcm ucuuu ni nnti gak..hehee,,,,harap2,sedikit sebanyak boleh la mmbantu daripada apa yg ucuuu tuliskan ini yer...^_^, okaiyh la,nnti kita smbg lagi yer,ucuuu nk tido da ni,esok mahu kijer..hehee^_^...tata.. wassalam...