Sunday, October 24, 2010

Mari MengeNaLi mAher ZaiN

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...
Salam sahabat smue... ucuuu lme da X menulis di blog kerana sibuk dgn hal lain di kolej...^_^... ucuuu nk cerita sedikit la mengenai seorang insan ni,ucuuu minat sangat dgn lagu2 dia... lagu2 nya yang sgt2 menyentuh jiwa dan perasaan ni,mmbuat kan diri ini tertnye2 siapakah insan yg merdu suara nya dan sungguh tersentuh lirik2 lagu nya ini???
erm....siApakAh insan di atas ini???
iniLah mAher ZAin,korang mesti kenal kan... tipu lah kalo korang xkenAL sape maher zain... sAtu duNia sibuK bercerita tentang dia.. di ruang2 akhbar,iNTernet, FB,dan bermcm2 lg... semUe berceritA kan tentAng dia..termAsuk lah ucuuu..hehehe.....

Gmbar yg ucuu muat turun kan di atas ini adalah cover album maher zain..
sweet kan??....
muka depan pon dah sweet,Ape tah lg dalam nya... Alhamdulillah..TAHNIAH maher zain kerana telah berjaya membuat LAGU2 DAKWAH seperti ini, Tidak kisah sapa kah Maher Zain yg dulu nya bagaimana... tidak penting smue itu,kerana ape yg pnting, MAHER ZAIN yg skrg tidak lg seperti MAHER ZAIN yg dulu, ALHAMDULILLAH.... syukur kpd Ilahi kerana telah memberi Hidayah kpd insan ini,Moga Allah sentiasa merahmatinya,dan semoga Maher Zain sntiasa Istiqamah dgn perjuangannya di jalan Dakwah ini... InsyaAllah,amin....

di bawah ni,ade serba sedikit kisah tentang maher zain sewaktu ketika dahulu yg di buat pengakuan sndiri oleh tuan empunya diri utk di beri PENGAJARAN kpd semua lapisan masyarakat di muka bumi ini.. MArilah kiter contohi Maher zain yg benar2 telah berubah... InsyaAllah...


Penyanyi lagu Thank You Allah cuba lupakan kisah kejahilan
SUATU ketika dulu dia pernah lalai dan hanyut dalam arus dosa dan noda. Leka dengan godaan dunia sehingga lupa pada agamanya sendiri. Itulah pengakuan penyanyi popular, Maher Zain, saat mendedahkan kisah silam sewaktu zaman kejahilannya tiga tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, dia terlalu asyik mengejar keduniaan dan banyak menghabiskan masa dengan berhibur, membuatkan dia semakin lupa pada yang Esa.

Ditambah hakikat dia sering dikelilingi sahabat yang tunggang langgang perjalanan hidupnya membuatkan Maher tersasar dalam mencari arah tuju. Mujurlah dalam keadaan terumbang-ambing begitu, Tuhan cepat memberikan kesedaran. Lantas, dia bangkit dan mencari jalan memperbetulkan diri.

"Tiga tahun lalu, hidup saya penuh dengan noda dan dosa. Macam-macam perkara jahat yang saya lakukan. Mencari hiburan di kelab malam, bersosial hingga lupa diri. Tapi mujurlah kesedaran itu datang dengan cepat dan saya tidak sempat untuk terjebak dalam gejala sosial yang lebih dahsyat seperti penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol.

"Dari situ saya sedar, Tuhan sentiasa ada di sisi saya untuk memberi panduan dan tidak mahu terus membiarkan saya terus sesat dan terumbang-ambing dalam menjalani kehidupan yang fana ini,” ujar Maher ketika ditemui pada majlis pelancaran album perdananya, Thank You Allah, di Menara Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Pada majlis itu, Maher turut menerima anugerah Platinum apabila album yang mula berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu itu berjaya dijual sebanyak 30,000 unit. Satu angka yang cukup hebat untuk penyanyi baru sepertinya.

Penghijrahannya itu dilakukan dengan rela hati, tanpa sebarang paksaan dari sesiapa. Cerita penyanyi Insha Allah ini, sampai satu tahap, ada getar di hati menyatakan apa yang dilakukannya itu adalah salah.
"Ada ketika saya sendiri sampai tahap bertegang urat dengan kawan-kawan dan mempertikaikan apa yang kami sudah lakukan sebelum ini. Dari situ, saya secara berdikit-dikit meninggalkan semua tabiat buruk. Perkenalan dengan komposer terkenal Red One menjadi titik tolak saya mengembangkan bakat sebagai seorang penulis lagu.

"Berdasarkan pengalaman yang dilalui, saya cuba menyampaikan mesej bahawa walaupun kita sudah tersesat jauh, namun Allah sentiasa ada di sisi dan tetap menunjukkan jalan kebenaran,” tutur pemuda berusia 28 tahun ini.

Apabila dia menghasilkan album sulungnya, apa yang berlegar di fikiran adalah sekadar berkongsi bakat serta menyalurkan amanat berguna untuk semua penggemar muziknya. Namun tidak pula dia menyangka sambutan luar dugaan yang terbentang di depan mata.

"Saya tak tahu nak kata apa. Apabila album ini berjaya menarik perhatian peminat dari pelbagai negara, itu sudah cukup menggembirakan saya. Sekurang-kurangnya saya tahu mereka suka dengan apa yang saya hasilkan. Dan lebih mengujakan, golongan bukan Islam juga menyukai album ini,” cerita Maher lagi.

Ditanya apakah pandangannya terhadap sikap sesetengah pihak yang begitu fobia dengan Islam serta sering melabelkan agama suci ini dengan perkara tidak baik, Maher berkata, menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menunjukkan sifat terpuji seperti yang dikehendaki Islam supaya mereka di luar sana tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan musuh agama.


Cinta sumber inspirasi
LAGU nyanyiannya penuh dengan rasa cinta. Walaupun secara zahirnya album ini jelas menyatakan perasaan cintanya terhadap Allah, namun jelas pemuda yang berasal dari Lubnan ini, mesejnya lebih dari apa yang tersurat.

"Memang kebanyakan lagu saya memperlihatkan rasa cinta pada Allah, tetapi pada masa sama, lagu ini juga boleh ditujukan kepada ibu dan bapa, isteri, anak dan ibu serta kekasih. Terpulang pada pendengar untuk menterjemahkannya. Namun apa yang saya boleh katakan, semua lagu yang dihasilkan mengambil frasa cinta sebagai sumber inspirasi.

"Apabila dalam hati kita penuh dengan perasaan cinta, maka semuanya akan menjadi mudah,” ujar Maher yang turut popular dengan lagu cinta berhantu berjudul For the Rest of My Life.

Biarpun bersikap terbuka dan ramah kala temubual ini dilangsungkan, Maher bagaimanapun agak berahsia orangnya.

"Terus terang, saya memang tidak selesa apabila ditanyakan soal peribadi. Kalau saya boleh jawab, saya jawab. Jika tidak, biarlah pertanyaan lebih tertumpu pada kerjaya saya saja," tegasnya yang hadir ke Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert solo Save the Soul di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 14 dan 15 Oktober 2010 yang lalu..

sumber dari,

Sunday, September 12, 2010

Starlight Tears_Kim Yoo Kyung

bOys Over FLOwer_koreAn dRAma


Saehayan byeolbichi
nunmureul gamsaya
Ddaddeuthan barame
nunmuri naeryeoyo

Geudae neugginayo
Joyonghi soksakineun
geudaereul hyanghan I ddeolrimeul


Hayan jongiwee
geudael geuryeoyo
Ddaddeuthan misoga
nal anajoneyo

Ige sarangingayo
Du nuneul gama bwado
geudaeman boineun geolyo


I will be waiting for you
geu dael gidarilgeyo
Deo isang apeun nunmul
boiji aneulraeyo

You let me know
geojitmal gateun sarang
Notji aneul geeyo
baro geudaehello kittyyo



Geudaewaye gieok
sokeul geotgo isseoyo
Gaseumsok gadeukhi
nunmuri goyeoyo

Na eoddeotge hajyo
Ggumsokeseodojocha
geudaereul geuriweohaeyo


I will be waiting for you
geudael gidarilgeyo
Deo isang apeun nunmul
boiji aneulraeyo

You let me know
geojitmal gateun sarang
Notji aneul geeyo
baro geudaehello kittyyo

Nal barabwa jweoyo
jeogi jeo byeoldeulcheoreom
Naemamui geudaega
dweeojul su eobnayo


I will be waiting for you
geudael gidarilgeyo
Deo isang apeun nunmul
boiji aneulraeyo

You let me know
geojitmal gateun sarang
Notji aneul geeyo
baro geudaehello kittyyo


lihat video disini:

Sunday, August 29, 2010

rAhsia POHON SEMALU...^_^



wAnitA perLu jadik sePERti pOHon SEMALU=)

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM


Untuk renungan bersama....

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Thursday, August 26, 2010

Cinta Yang Pasti

Remaja selalunya dikaitkan dengan cinta. Agak pelik jika dilihat seseorang yang memegang gelaran remaja tidak mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai juga tidak ada keinginan untuk berkenal-kenalan (kononnya) dan berhubungan sama ada secara SMS ataupun surat (baru romantik kononnya) dengan sahabat lain yang berlainan jantina.

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta ?
Adakah Islam langsung tidak memberi peluang kepada seseorang
untuk merasakan perasaan cinta?

Adakah Islam ini terlalu kejam apabila mengekang seseorang itu
daripada terjebak dengan percintaan ?

Bukan begitu saudaraku...

Islam adalah agama yang syumul! Segalanya sudah ditetapkan oleh syari'at supaya manusia tidak terus tenggelam pada bisikan dunia. Cinta yang diimpikan semasa remaja cuma fatamorgana yang tidak kekal. Cuma mainan remaja yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik setiap bani Adam untuk bersamanya di neraka.

Cinta remaja sering membuatkan kita menipu diri sendiri. Pada fikiran sebilangan remaja, 'cuma setakat menelefon dan menghantar mesej dan surat bukannya sampai berjumpa berdua-duaan di taman bunga'

Firman Allah S.W.T:

(٣١) وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬

Maksud : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah. Apatahkan lagi berzina!.

Mengapa Allah kata,
'JANGAN' kamu 'MENDEKATI ZINA'?


Mengapa tidak dikatakan,
'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA'

atau
'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA'?

Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu saja sudah haram hukumnya, apatah lagi jika berzina.

Asyik daripada menelefon kekasih pujaan itulah akan menaikkan keinginan nafsu untuk berjumpa dan kemudian ke arah kegiatan-kegiatan yang seterusnya.




Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian,

Sesungguhnya terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina. Moga kita sama-sama dapat memelihara diri kita dari menghampiri dan kemudiannya melakukan perkara-perkara tersebut yang antaranya :

1. (Melihat) نظرة
-Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengannya


2. (Senyum)فسامهم
-Seterusnya senyuman diukir untukmenarik perhatian masing-masing


3.(Memberi Salam) فسلام
- Salam diberi sebagai tanda memulakan hubungan

4.(Bercakap Kosong) فكلام
-Setelah mengenal hati budi masing-masing, seringkali mnelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta


5. (Berjanji)فموعدون
- Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati


6. (Berjumpa) فلقاءون
-Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya - yang ketiga makhluk bernama syaitan) maka akan berlakulah zina di mana nafsu tidak mampu menahan amarah, disinilah permulaan zuriat dibuang di longkang-longkang, di celah-celah belukar serta semak samun, di tong-tong sampah, di jalanan dan juga di kaki lima. Di sinilah permulaan tergadai segala kehormatan diri. Disinilah permulaan untuk melepaskan nafsu yang tidak pernah kenal kepuasan dan maruah diri.


Zina bukan sahaja menggadai kehormatan diri malah kehormatan agama, masyarakat dan ibubapa malah merosakkan generasi ummah! Mahukah kamu untuk memalit najis yang hina di muka ibubapa setelah mereka membesarkan kamu ibarat menjaga sebutir permata yang berharga? Mereka juga yang telah bersusah payah melahirkan serta membesarkan kamu dengan menggunakan segala kudrat yang ada. Mereka yang telah banyak berjasa dalam kehidupanmu


Wahai rakan-rakanku sekalian,

Waktu ini bukanlah masanya lagi untuk kita bercinta. Perjuangan dan perjalanan masih jauh dan kita masih mentah untuk melalui alam percintaan. Percintaan yang sebenar bermula apabila kita mula mahu melangkah ke gerbang perkahwinan.

Carilah cinta yang disandarkan kepada-Nya yang menjanjikan kemanisan di dunia dan kelebihan di akhirat. Sesungguhnya cinta kepada makhluk ciptaan-Nya merupakan satu fitrah yang tidak boleh dielak oleh seseorang yang bergelar manusia. Sedangkan Adam pun berasa sunyi tanpa kehadiran Hawa, bukan? Apakah yang tidak ada di syurga?

Fikirkanlah tentang ganjaran serta nikmat-nikmat yang bakal menanti kita di syurga yang tiada di dunia sementara kita melawan dari menuruti hawa nafsu kita yang sentiasa mahukan keseronokan yang tidak kekal juga kenikmatan yang tidak berpanjangan.

Marilah sama-sama kita menyeru diri kita serta kawan-kawan kita sekalian untuk kembali kepada ajaran agama kita sebagai pedoman mereka dalam kehidupan agar negara kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Tuhan.

Wallahumusta'an.


Artikel yang baik untuk dibaca berkaitan C.I.N.T.A tulisan Hilal Asyraf.

1. Saya perlukan teman wanita
2. Cinta-Cinta Itu
3. Bersedia Menjadi Isteri
4. Bersedia Menjadi Suami
5. Perempuan
6. Berikanlah Alasanmu Itu Kepada Allah
7. Berhala-berhala di dalam Jiwa

Cinta Yang Pasti
www.iLuvislam.com
Oleh : syabab_musafir95
Editor : everjihad